special chapter (16)

Short Story Series 4930

Tinggal lagi sebulan sahaja majlis Mia akan berlangsung. Persiapan hampir dua puluh peratus lagi mahu siap. Semuanya diuruskan oleh ibu Mia kerana Mia agak sibuk dengan kerjanya dan akan mencari alasan jika hendak membuat persiapan bersama.Hanya satu sahaja yang Mia bersetuju , iaitu proses fitting baju . Itupun kerana sudah mahu pecah telinga Mia mendengar ibunya membebel.

"Mia , petang ni boleh kan Mia ambil baju kat White Royal Bridal House tuu..Mama busy sikit lah petang ni...Ambil baju Mia je sebab tunang Mia tu dia nak ambil baju dia sendiri...tu lah mama suruh ambil sekali dengan dia tak nak..bolehh ehh."pinta ibu Mia.

" Hmm Mia tak nak lah jumpa dia. Tak ready lagi lahh..Okaylah nanti Mia ambil...". balas Mia. Dia masih tidak mampu untuk menerima tunangnya sendiri. Dia akan mengelak setiap kali mahu berjumpa atau membuat persiapan majlis , kerana hatinya masih terasa sakit.

**************************

Setelah memarkir keretanya , Mia merenung seketika ke arah papan tanda nama butik pengantin itu dengan perasaan yang sedih. Dia masih tidak boleh terima yang dia telah menjadi tunangan orang lain dan hatinya masih mencintai orang yang sepatutnya dia lupakan semenjak dia bersetuju dengan ibunya dahulu..Dan juga orang yang telah lama diminatinya itu telah pun bertunang.

"Cik .. Saya nak ambil baju ." kata Mia kepada pekerja di dalam butik .

"Ni cik Damia kan , baik cik boleh ikut saya."jawab pekerja itu. Lalu Mia pun melangkah mengikut pekerja itu.

Sedang Mia melihat baju pengantin nya.Tiba-tiba dia telah ditegur oleh seseorang.

"Assalamulaikum..eh hai Mia , awak beli baju pengantin kat sini...tunang awak mana? " Tanya pemuda itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience