Special Chapter (20)

Short Story Series 4930

Mia menatap dirinya yang berbusana pengantin bewarna putih di hadapan cermin dengan perasaan yang sayu. Hari ni merupakan hari jadi Mia , dan tarikh ini juga yang dipilih keluarganya untuk perkahwinannya. Dia dan ahli keluarga nya yang lain kini berada di Masjid Selat Melaka untuk majlis akad nikahnya yang hanya ketibaan tok kadi untuk memulakan majlis.

"Ehh Mia ...kenapa awak muram je ni ..kejap lagi kan awak nak jadi isteri orang dah kan?" ucap 'baju hitam' menghentikan lamunan Mia.

"Hahahha..tak ada apa-apa pun." balas Mia sambil tersenyum memandang Haziq yang tampak lebih kacak memakai busana pengantin sedondon dengan Mia . Dia agak pelik juga tentang pakaian 'baju hitam' itu.

"Okay lah ..Tak manis pulak kalau kita duduk berduaan macam ni...Nanti orang kata buang tabiat pula..Dah halal nanti barulah manis." Lantas Haziq berlalu pergi . Kata -kata akhir Haziq itu kedengaran agak perlahan tapi Mia masih dapat menangkap butir-butir kata Haziq.

"WHATT!! apa yang dia cakap ni halal barulah manis ??!..omaigoddd ..waitt..waittt..Aku Salah dengar kee nii!! .. Heishhh salah dengar kott..Tapi tadi masa kat rumah pelamin ada satu je ..pakteh kata nak buat sekali..kenapa ada satu pelamin jeee??..Eeeeee tak fahammm!...huhh relaks Mia ..relakss ..Maybe kau salah dengar kot..dan pelamin tu mungkin Haziq dan bakal isteri dia tak jadi bersanding sama-sama..dia bersanding kat tempat lain..pasal colour baju sama tu pulak .. boleh jadi dia pun nak warna putih jugak..huhhh.." omel Mia panjang di dalam hatinya. Mahu membuang semua overthinking nya itu.

" Mia sayang , apa yang termenung memanjang je nii..jomm cepat tok kadi dah sampai dah tu."ajak ibu Mia .

"Urmm ..aaa .. okayy-okayy.." Di dalam hatinya penuh dengan debaran . Betulkah keputusan nya ini.. Tapi dia sudah tidak boleh berpatah balik..Semua sudah lambat.. Dia seperti mahu menangis..

Tiba-tiba ibu Mia menutup muka Mia menggunakan kipas yang digunakan untuk mengipas pengantin.

"Ehh apa ni ma?? kenapa tutup muka Mia ni ..macam mana nak jalan kang langgar orang ke tiang ke macam mana??" sempat Mia menanyakan soalan yang tidak logik kepada ibunya.

"Ishh kan boleh nampak bawah tuu..mama pegang lah tangan Mia nanti."

Mia duduk melutut di atas kusyen bewarna putih dengan perasaan seperti mahu pengsan . Jantungnya bagai nak terkeluar saat ini. Dia mencuri pandang ke arah bakal suami yang tak pernah dia ambil tahu di depan tok kadi itu. Kini Mia pasrah , dia akan cuba untuk melupakan tentang 'baju hitam' lagi sekali . Mia hanya merenung ke arah jarinya yang dihiasi inai berwarna merah terang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience