Special Chapter (12)

Short Story Series 4930

Setelah puas Mia menangis pada malam semalam , kini matanya sembap dan mukanya juga pucat.

"Mama , Mia pergi kerja dulu okayy..bye Assalamualaikum."Mia menyalam tangan Dan lantas memeluk ibunya.Memang Mia sudah di didik begitu sejak dari kecil lagi.

"Eh Mia tak nak sarapan dulu ke? Ni Mia okay tak muka macam pucat je ni?? tanya ibu Mia.

"Mia sarapan kat hospital jee nanti , takut kalau nanti ada oncall ke...Mia okay je ma cuma pening sikit..nanti Mia makan Panadol okay lah tu..okay lah ma byee." lantas Mia terus keluar dari rumah . Tidak mahu ibunya risau.

Okay lah Mia, hati-hati bye!" suara nya di kuatkan sedikit sambil melambai anak nya itu.

***************************

Sebelum Mia melangkah masuk ke dalam biliknya di hospital itu , Mia sempat pergi ke tandas untuk mencoletkan sedikit lipstick di bibirnya itu dan memakai bedak di muka agar kelihatan segar dan tidak pucat seperti di rumah tadi.

Sedang Mia menelaah fail-fail pesakitnya yang berada di atas meja itu. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk . Kelihatan Dr. Danish berdiri di depan pintu yang tidak tertutup itu.

"Hi Mia , busy ke ? kalau awak tak busy jom lunch sama-sama? " Senyuman tidak lekang di bibir Dr Danish itu.

"Hi Danish..urmm Saya Tak busy pun ..jom lahh."

Sebenarnya Mia tiada selera makan tapi orang sudah pelawa , diikutkan sajalah.

**************************

Agak panjang juga apa yang mereka borakkan di kafe hospital itu. Semestinya , Danish yang paling banyak bercerita , Mia hanya layankan aja celoteh Danish itu.

"Mia mintak maaf lah kalau saya tanya ni buat awak tak selesa..awak dah bertunang ke?" Tanya Danish , baru perasan kan cincin belah rotan berwarna emas putih yang di pakai di jari manis Mia itu.

"Haah...Saya dah bertunang dah , minggu lepas." balas Mia sambil tersenyum. Senyum demi menutup kesedihan di hatinya itu.

Riak wajah Danish berubah hampa saat mendengar jawapan Mia.

" Danishh, awak ni okay tak..kenapa muka awak macam sedih jee?? soal Mia pelik melihat riak wajah Danish yang berubah tiba- tiba itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience