2

Short Story Series 6463

"Aduh..!! Lambatlah aku kali ni. Macam mana aku boleh tak sedar jam pagi tadi. Mesti aku kena marah lecture ni". Aku mengomel dengan kesilapan yang aku buat sendiri.

Aku berjalan sedikit laju untuk sampai ke kelas walaupun aku tahu aku terlewat lima belas minit sebelum kelas pagi itu bermula. Tiba-tiba...

"Dupp..."

"Aduh". Aku mengaduh sakit apabila terasa badanku sakit akibat terhentak di atas simen. Buku-buku di tangan aku sudah berselerak di atas lantai

"Maaf. Maafkan saya. Saya tak sengaja langgar awak. Saya betul-betul tak sengaja. Saya nak cepat tapi tak sangka saya boleh terlanggar awak. Maafkan saya". Ujar seseorang yang kusangka pemuda sedang berdiri dihadapan aku memohon maaf.

Aku cuba untuk mengamati wajahnya tetapi tidak dapat kerana silauan cahaya matahari membataskan penglihatanku.

"Maafkan saya,ya". Ujar pemuda itu lagi apabila melihat aku yang hanya mendiamkan diri.

"Takpe. Awak tak salah pun. Saya yang salah. Saya yang berjalan tak tengok kiri kanan sebab nak cepat sampai ke kelas". Jawab aku memaniskan muka walaupun sukar untuk aku melihat wajahnya. Aku tidak mahu dia rasa bersalah kerana telah melanggar aku. Aku mencuba sedaya upaya untuk bangun.

"Awak..." Ucapan aku terhenti apabila aku melihat dia sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon.

Tidak lama kemudian,pemuda itu pergi dengan terburu-buru dan meninggalkan aku bersendirian di kawasan tapak parkir kereta kolej aku.

"Siapa lelaki tu?" Aku bertanya sendirian sambil mengorak langkah ke kelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience