Hujung minggu merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh setiap orang. Hari ini merupakan hari untuk berehat selepas seharian sibuk dengan kerja masing-masing. Aku mengambil keputusan untuk keluar berjalan bersama dengan keluargaku kerana sudah terlalu lama kami tidak meluangkan masa bersama.
Kami pergi membeli-belah di Plaza Merdeka. Pelbagai jenis baju dan tudung yang begitu menarik perhatian aku sudah berada di tangan aku. Aku masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis buku. Aku pergi ke satu sudut yang menempatkan buku Kamus Dewan Bahasa. Sedang asyik melihat buku yang terdapat disitu,aku disapa oleh seseorang.
"Awak suka askarkah?". Pemuda itu menegur. Aku yang membelakanginya pantas menoleh. Rupa-rupanya pemuda yang menegur aku itu Karim.
"Eh,awak rupanya. Tak sangka jumpa awak lagi.Takdelah. Saya tengah tengok kamus ni". Ujar aku sambil melihatnya.
"Ada jodoh kot. Yakah. Setahu saya itu bukan kamus. Itu buku tentang pertahanan negara. Cuba awak tengok". Kata Karim lagi sambil menjuihkan bibir ke arah buku itu. Aku segera menoleh.
"Alamak. Macam mana aku boleh salah ambil buku ni. Malunya akuu....". Kata aku dengan suara yang perlahan.
"Rindu orang askar ni ke?" Usik Karim kepadaku. Aku tersenyum menahan malu sebelum beredar meninggalkannya. Tidak sanggup aku berlama dengannya di situ.
" Takpe rindu saya. Kalau rindu,tengoklah 'kamus' awak tu. Terubat sikit rindu". Usik Karim lagi. Aku yang masih tidak berapa jauh darinya masih boleh mendengar dengan jelas usikannya. Muka aku merah menahan malu.
"Betulkah aku rindu dia?". Soal aku dalam hati
Share this novel
awakkkk novel ni besttt sangatttt