Suasana di Restoran Sahabat kelihatan begitu sibuk. Ramai pengunjung datang berkunjung untuk makan di kedai itu. Ada juga yang sedang bergurau senda dengan rakan-rakan. Ada yang sedang bernyanyi di set karaoke. Kami mengambil tempat yang agak tersorok daripada orang ramai untuk memberi keselesaan kepada kami.
Setelah membuat pesanan,kami mula membuat kerja masing-masing. Suasana menjadi sepi seketika walaupun keadaan di restoran itu sangat bising. Aku sedikit kaku apabila duduk berhadapan dengan seorang lelaki. Maklumlah ini merupakan kali pertama aku keluar dengan lelaki.
"Kenapa awak diam?".Tanya pemuda itu memecah keheningan.
"Ah.." Jawab aku dengan muka blurr. Lelaki itu ketawa melihat aku.
"Siapa nama awak?. Dari tadi saya berhajat nak tanya tapi awak mendiamkan diri sahaja". Ujar pemuda itu seraya ketawa.
"Nama saya Hidayah. Maaflah saya tidak selesa sangat bila dengan orang yang baru saya kenal terutamanya lelaki". Jawab aku memaniskan muka.
"Oh,Hidayah. Cantik nama tu. Secantik orangnya. By the way,nama saya Karim". Ujar Karim lagi sambil tersenyum merenung aku.
"Terima kasih dengan pujian itu" Ujar aku sambil memberikan senyuman manis.
"Sama-sama. Awak UiTM ambil course apa?". Jawab Karim seraya bertanya.
"Nursing". Jawab aku sepatah.
"Oh nursing. Bolehlah awak jadi jururawat saya kalau saya sakit nanti". Ujar Karim lalu ketawa. Aku turut ketawa mendengar kata-katanya itu.
Suasana menjadi sunyi seketika.
"Sebenarnya,tujuan saya nak bawa awak keluar ni sebab saya nak pulangkan gelang tangan milik awak". Ujar Karim lalu mengambil sesuatu dari poket baju uniformnya.
"Mana awak jumpa gelang ni?". Tanya aku setelah gelang itu berada dalam genggaman aku.
"Gelang tu tersangkut pada lengan baju saya masa saya terlanggar awak tempoh hari". Ujar Karim memberi penjelasan.
Aku cuba mengingat kembali peristiwa itu. Baru aku ingat,tangan aku waktu itu terasa sakit seperti terkena benda yang tajam. Rupa-rupanya gelang tangan milik kawanku terputus dan tersangkut pada lengan baju lelaki itu.
"Terima kasih sebab sudah pulangkan gelang tangan ini". Ujar aku.
"Sama-sama. Awak lagi cantik kalau awak pakai gelang tangan tu". Ujar Karim seraya memuji.
"Cantik. Tapi gelang tangan ni bukan milik saya. Gelang tangan ni kepunyaan kawan saya". Jawab aku lagi.
Tiba-tiba,terdengar suara seseorang memanggil nama 'kawanku' itu. Aku yang sedang ralit melihat gelang tangan Mariam yang sudah ditemui mencari kemana datangnya suara itu.
"KARIM..!!!"
"Ya Tuan". Jawab Karim.
"Kau pergi mana tadi? Puas satu bandar ni aku cari kau tak jumpa. Rupa-rupanya dekat sini sama "awek". Kata Malik sambil mengomel melihat perbuatan anak didiknya sambil menoleh kearah aku.
"Maaf tuan. Saya ajak kawan saya makan tadi". Jawab Karim sambil melihat aku. Aku hanya mendiamkan diri.
"Yalah tu kawan". Kata Malik lalu mengenyitkan mata kearah aku.
Aku segera meminta izin untuk pulang memandangkan waktu sudahpun hampir Maghrib. Pasti ibu sudah lama menunggu aku. Aduh,macam mana aku boleh tak sedar jam.
"This is the second time Hidayah,kau tak sedar jam". Kutuk aku sendiri.
Share this novel