12

Short Story Series 6463

Selepas habis kuliah,aku segera pulang selepas menerima panggilan daripada ibu supaya mengambil barang yang dipesannya dirumah Intan,ibu saudaraku. Selain itu,aku juga tidak mahu terserempak dengan Zikri yang meminta agar aku menunggunya di luar bilik kelas.

Selepas memastikan kereta aku berada dalam keadaan baik,aku memulakan perjalanan. Tiba-tiba ada seseorang sedang berdiri dihadapan keretaku cuba untuk menghalang perjalananku. Aku tidak sangka apa yang sedang berlaku.

"Mana awak pergi?". Tanya aku inginkan kepastian.

Ketika itu,kami sudah berada di restoran Sahabat yang menjadi tempat pertemuan kami.

"Maaf saya hilangkan diri selama 2 minggu. Ada perkara yang perlu saya buat. Tapi,saya tak boleh beritahu apa perkara itu". Terang Karim kepada aku.

"Saya tahu dan saya faham kerja awak sebagai askar. Apapun, at least awak beritahu saya yang awak sibuk dengan kerja supaya saya tak tercari awak". Kata aku sambil memandangnya.

"Saya minta maaf. Jangan risau saya masih ingat awak walaupun kita jarang contact". Kata Karim lalu memberikan senyuman kepada aku.

"Maafkan saya sebab pernah meragui awak". Ujar aku dengan rasa bersalah kerana sudah bersangka buruk terhadapnya.

"Takpe. Saya dah tahu itu yang awak akan fikirkan. Saya tak salahkan awak". Ujar Karim. Katanya itu sedikit sebanyak memberi ketenangan kepada aku.

"Baru dua minggu saya pergi,dah awak rindukan saya. Macam mana kalau saya pergi kerja 2 atau 3 bulan nanti. Tak contact awak sepanjang tu. Jangan-jangan awak cari saya kat seluruh kem nanti". Kata Karim lagi seraya bergurau.

Aku ketawa mendengar gurauannya itu.

" Haa,,macam tulah baru buah hati saya. Senyum. Cantik". Usik Karim lagi. Muka aku merah menahan malu dengan usikkannya itu.

"Hai,sejak bila pulak abang askar kita ni pandai main ayat-ayat macam ni". Sambung aku.

" Sejak saya mula kenal dengan seseorang bernama Hidayah yang telah berjaya bertakhta di hati saya". Jawabnya sambil merenung aku. Aku menahan rasa malu mendengar usikkannya itu. Aku tahu aku kalah dengan 'ayatnya' itu.

"Kalau awak busy,tolong maklumkan. Saya akan faham". Kata aku setelah beberapa minit kami menyepikan diri.

"Ya. Saya akan beritahu awak. Jangan risau sayang". Ujar Karim. Aku tersipu-sipu malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience