15

Short Story Series 6463

5 bulan kemudian.

Suasana di Dewan An-Nur begitu meriah sekali. Hari ini ialah hari paling bersejarah kerana hari ini merupakan hari konvokesyen. Majlis penyampaian anugerah sudahpun berlangsung.Aku tidak menyangka aku boleh menjadi student terbaik di UiTM. Hasil usaha dan nasihat daripada orang sekeliling membolehkan aku berdiri seperti sekarang ini.

Aku pergi keluar dewan untuk mencari Mariam. Aku melihat dia sedang duduk bersendirian di sebuah kerusi berdekatan tempat aku berdiri. Aku segera berjalan kearahnya tetapi langkah aku dihalang oleh Zikri.

"Apa ni Zikri..". Ujar aku sedikit marah dengan sikap Zikri itu. Mujur aku sempat berhenti.Kalau tidak sudah pasti aku terlanggar dengannya.

"Saya kan pernah beritahu awak yang saya ada satu hajat yang ingin saya tunaikan". Kata Zikri sambil menatap wajah aku.

Suasana menjadi sunyi seketika. Seolah-olah memberi ruang kepada kami untuk bercakap.

"Saya nak lamar awak". Ujar Zikri.

Aku terkejut mendengar kenyataannya itu segera menggeleng. Kepala ku terasa sakit.Duniaku seakan gelap.

"Kenapa awak tak setuju?". Tanya Zikri lagi. Aku hanya menggelengkan kepala.

"Awak dah ada orang lain ke?"Tanya Zikri tidak berputus asa.

" Jawablah...!!!". Ujar Zikri yang tiba-tiba meninggikan suara.

"Kenapa tak nak jawab? Jawablah". Kata Zikri mula meninggikan suara.

"Ya.. Memang saya sudah ada orang lain". Jawab aku berani.

"Mana dia. Kalau betul dia ada,mana dia". Ujar Zikri lagi.

"Dia tak ada. Dia jauh sekarang ni". Kata aku cuba untuk menahan air mata daripada jatuh.

"BOHONG..TIPU.. Semua tu hanya rekaan. Sebenarnya orang tu tak wujud. Awak sengaja buat macam ni untuk tolak lamaran saya kan". Ujar Zikri cuba untuk menahan sabar.

"Dia memang ada tapi dia tidak ada dekat sini. Dia berada jauh sekarang ni". Ujar aku cuba untuk menahan tangis. Akhirnya aku tewas. Air mataku jatuh akhirnya.

"Awak,kenapa awak tak ada masa saya benar-benar perlukan awak". Rintih aku dalam hati.

"TIPU...!!!". Jerit Zikri seperti kena rasuk.

" Semua itu tak tipu". Kata seseorang yang sepertinya datang di belakangku.

Aku segera menoleh. Hati aku semakin sayu melihatn dirinya sekarang berada dihadapan mataku. Karim berjalan menghampiriku.

"Maafkan abang sebab terlewat sedikit". Ujarnya sambil menatap wajahku. Aku menangis tersedu-sedan mendengar ungkapan 'abang' itu dan mengenangkan apa yang berlaku.

Suasana menjadi sunyi seperti mengerti apa perasaanku ketika itu.

"She is mine". Ujar Karim kepada Zikri sebelum kami meninggalkan tempat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience