1

Short Story Series 6463

Suasana pagi di Kampung Samariang kelihatan begitu indah sekali. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menyegarkan lagi suasana pada pagi itu. Sekumpulan burung kelihatan sedang berterbangan d ruang angkasa untuk meneroka keindahan alam yang dianugerahkan oleh Tuhan. Kelihatan sosok tubuh seorang gadis sedang berlari-lari sambil membawa barang ke arah kereta.

"Yayah". Panggil ibu di muka pintu.

"Ya bu". Jawab Hidayah sambil meletakkan barang- barang ke dalam kereta.

"Kalau ya pun nak cepat,sarapanlah dulu". Ujar ibu sambil menghampiri aku.

"Takpelah bu. Yayah dah lambat nak pergi kolej ni. Kelas start pukul 9 bu". Ujar aku dengan rasa serba salah.

Aku tahu ibu penat memasak pagi-pagi untuk kami sekeluarga. Oleh kerana aku terlewat bangun kerana mengulangkaji pelajaran sampai lewat malam menyebabkan aku terpaksa membatalkan hasrat aku untuk bersarapan dengan ibu.

"Takpelah Yah. Rehat nanti Yayah makan ya". Ujar ibu sambil memegang tanganku.

"Baik ibu". Ujar aku. "Ibu,Yayah pergi kelas dulu. Assalamualaikum". Kata aku lagi sambil mencium tangan dan pipi ibuku.

"Baiklah. Hati-hati drive tu". Kata ibu lagi.

"Okay ibu. Don't worry about it". Jawab aku sebelum memulakan perjalanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience