14

Short Story Series 6463

Aku tersedar daripada tidur apabila terdengar handphoneku berbunyi nyaring. Hati aku berbunga apabila melihat panggilan daripada orang yang kusayang. Aku segera menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum". Ujar aku memulakan perbualan.

"Waalaikumussalam sayangku. Awak buat apa tu?". Jawab Karim seraya bertanya.

"Saya tertidur". Jawab aku tersipu malu.

"Maaflah kalau saya mengganggu awak tidur". Ujar Karim.

"Takpe awak". Jawab aku.

" Sebenarnya,tujuan saya hubungi awak sebab saya nak bagitahu sesuatu". Kata Karim.

"Apa dia?". Tanya aku ingin tahu.

"Saya ada kerja yang perlu saya buat selama 5 bulan. Jadi,selama tu juga saya tak pegang handphone sebab handphone tu akan disimpan rapi. Saya harap awak faham". Terang Karim kepada aku.

"Takpe. Saya faham kerja awak macam mana. Terima kasih sebab beritahu saya". Kata aku.

"Saya harap awak sabar". Ujar Karim lagi.

" Don't worry about it". Ujar aku bagi menyedapkan hatinya. Selepas itu,dia terpaksa memutuskan talian sebab ada perkara yang dia perlu lakukan.

Selang beberapa minit,aku melihat mesej datang daripadanya. Aku segera membuka mesej itu

"Aku harap kesetiaanmu melebihi kesetiaanku kepada negara. Tunggu aku pulang,sayang".

Tanpa disedari,air mataku menitis selepas membaca mesej tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience