Cuti semestar telah pun berakhir. Kami memulakan rutin kami sebagai seorang student dalam course Nursing.
Keadaan di Dewan An-Nur kelihatan begitu sesak kerana sesi pendaftaran pelajar baru berlangsung hari ini. Aku mencari kelibat Mariam di sekitar kawasan dewan tetapi tidak ketemu. Sedang asyik mencari kelibat kawanku itu,aku terasa seseorang sedang berdiri dibelakang aku. Aku segera menoleh.
"Eh,Zikri. Kau buat apa kat sini?". Tanya aku yang terkejut melihat Zikri berdiri begitu hampir denganku.
"Tak de apa. Saja nak jumpa buah hati saya kat sini. Tahniah awak dapat anugerah pelajar terbaik. Congratulations". Ujar Zikri mengucapkan tahniah kepadaku yang telah merangkul anugerah pelajar terbaik dalam course nursing.
"Terima kasih. Awak apa kurangnya". Ujar aku sambil tersenyum.
"Senyuman awak itu yang membuatkan saya sentiasa bersemangat dalam apa jua keadaan". Ujarnya sambil memandang aku dengan pandangan yang lain.
Aku tidak selesa dengan pandangannya itu segera meminta diri untuk pergi tetapi langkah aku terhenti apabila dia memberitahu bahawa dia mempunyai satu hajat yang ingin dia tunaikan.
Aku kaku mendengar kenyataannya itu.
Share this novel