4

Short Story Series 6463

"Tuan. Tuan panggil saya". Ujar Karim selepas memberi tabik hormat kepada jurulatihnya.

"Ya. Saya ada sesuatu nak suruh awak buat". Kata Malik yang merupakan jurulatih di Kem Melayu.

"Ada apa Tuan?". Tanya Karim lagi.

"Sebenarnya...

"Haa,,Karim. Kau dah kenapa? Aku tengok muka kau macam orang frust menonggeng je". Ujar rakannya bernama Fikri sambil ketawa berdekah-dekah.

Aku mengambil tempat duduk di sebelah Fikri yang sedang duduk di depan pintu bilik penginapan kami.

"Banyaklah kau punya frust menonggeng. Aku dapat arahan dari jurulatih kita". Ujar aku sambil menyiku bahu sahabat aku.

"Dia nak apa? Tanya Fikri lagi.

"Dia nak aku temankannya pergi bandar cari barang dengan menggunakan pakaian ni". Jawab aku sambil menunjuk ke arah baju celoreng yang masih tersarung di tubuh.

"Pulak dah. Takpelah,kau pergi je dengan dia". Kata Fikri lagi.

"Yelah". Jawab aku lalu masuk ke dalam untuk berehat.

"Kalau sayang dekat orang jauh sana pun,takkan nak pakai gelang kot". "Ni kem la wei". Kata Fikri menyindir aku sebelum ketawa terbahak-bahak. Aku hanya mendiamkan diri. mendiamkan diri lebih baik daripada berkata sesuatu yang tidak pasti.

Aku melihat gelang yang sedia terpakai di tangan aku. Gelang itu tersangkut pada lengan bajuku. Aku perlu mencari ikhtiar supaya aku boleh pulangkan gelang ini kepada tuannya semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience