Kami menjadikan Pustaka Negeri sebagai tempat untuk kami bertemu. Ramai pengunjung datang ke sana untuk melakukan aktiviti riadah seperti berjoging dan sebagainya. Pustaka tersebut mempunyai sebuah tasik yang besar dan cantik. Kami berjalan ke sebuah pondok yang berhampiran dengan taman permainan kanak-kanak.
"Maafkan saya sebab terlewat sedikit". Kata Karim memulakan perbualan. Aku duduk berhadapan dengannya.
" Takpe. Saya tak salahkan awak. Saya tahu awak busy. Takde masa untuk saya". Ujar aku sambil memandangnya.
"Kalau saya cepat tadi,saya takkan biarkan air mata awak tu jatuh". Kata Karim lagi.
"Takpe saya okay". Ujar aku memaniskan muka.
"Terima kasih sebab awak setia menunggu". Ujarnya merenung aku.
"Saya faham kerja awak. Saya tahu awak busy takde masa untuk saya. Saya tahu awak tak sengaja. Sebab tu saya sabar menunggu". Ujar aku memandang dia. Aku harap agar dia mengerti maksudku itu.
"Tahniah juga awak dapat anugerah pelajar terbaik dalam course Nursing". Ujarnya sambil memberi senyuman kepadaku.
"Awak pun apa kurangnya. Awak dapat anugerah Platun terbaikkan". Ujar aku sengaja menduga.
"Ya". Jawabnya seraya ketawa. Aku baru diberitahu bahawa dia mendapat anugerah Platun terbaik semasa kami dalam perjalanan ke Pustaka.
"Saya bangga dengan usaha awak". Ujar aku memandangnya.
"Saya pun bangga dengan usaha dan kesungguhan awak. Saya juga bangga sebab awak setia menunggu saya walaupun banyak dugaan yang datang melanda". Ujarnya sambil tersenyum memandangku. Aku tersipu malu mendengar katanya itu.
"Sebenarnya,saya ada satu hajat yang ingin saya beritahu awak". Ujarnya kepadaku.
Aku menjadi gementar. Tiba-tiba dia melutut dihadapanku sambil mengeluarkan sesuatu di poket bajunya.
"Saya nak jadikan awak suri di hati saya". Ujarnya sambil mengeluarkan sebuah kotak berwarna merah yang di dalamnya terdapat sebentuk cincin dan menghulurkannya kepadaku.
Aku terdiam kaku melihat kotak cincin yang berada di tangannya. Air mataku jatuh mendengar pengakuannya yang ingin menjadikan aku sebagai permaisuri hatinya. Perlahan-lahan aku mengangguk lalu menutup mukaku yang kemerahan menahan malu.
"Terima kasih sebab sudi menerima lamaran saya". Ujarnya tersenyum kearahku.
"Awak sarunglah cincin ni sebab saya belum ada hak untuk menyentuh awak. Awak bukan muhrim saya sekarang ni". Ujarnya lalu menghulurkan kotak cincin itu kepadaku.
Aku tahu kami masih dalam golongan ajnabi iaitu bukan muhrim yang menyuruh kami untuk menjaga batas pergaulan. Aku menyambut cincin itu lalu menyarungnya sendiri di jari manisku.
"Wah,bravo bro". Ujar Fikri bersama dengan Rahman yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Karim tersenyum sumbing sementara aku terkejut dengan kehadiran rakannya itu hanya mendiamkan diri.
"Kan aku dah cakap,suatu hari nanti kau pasti akan cakap yang kau sayangkan gadis bernama Hidayah itu". Ujar Rahman sambil menepuk bahuku. Aku tersenyum mendengar kenyataannya itu.
Bila jemput kami makan nasik minyak kau,Karim?". Ujar Fikri seraya bergurau.
"Tak lama lagi kau orang makanlah nasi minyak kami nanti". Jawab Karim lalu ketawa. Suasana menjadi riuh rendah apabila rakan-rakannya mula menyakat kami.
Aku memberikan senyuman kepadanya.
Suasana petang itu sangat cerah seolah-olah mengerti akan maksud hati dan perasaanku yang teramat gembira. Aku berharap semoga hari-hari yang akan aku lalui dengan orang tersayang nanti diwarnai keceriaan. Semua yang berlaku antara Aku dan Dia merupakan sesuatu yang terindah dalam hidupku.
THE END
Share this novel