9

Short Story Series 6463

Suasana pada malam itu begitu sejuk. Angin bertiup agak kencang. Daun-daun berterbangan ditiup angin. Daun kelapa melentok ke kanan ke kiri ditiup angin yang ganas. Guruh berbunyi menandakan hujan akan turun sebentar lagi. Aku yang baru selesai mencuci pakaian berasa sangat letih.Aku melihat jam dipergelangan tanganku. Jam sudah menunjukkan ke angka 11 malam.

Aku cuba untuk melelapkan mata tetapi tidak berjaya kerana bunyi kilat dan tiupan angin jelas kedengaran lebih-lebih lagi bilik penginapan kami diperbuat daripada kayu. Aku berbaring sambil memandang siling.

"Hidayah. Nama yang cantik. Bermaksud cahaya petunjuk Allah kearah kebenaran". Ujarku sambil tersenyum-senyum.

"Hoi,kau tu dah kenapa?. Pandang siling tersengeh-sengeh. Apa yang lucu sangat kat siling tu?". Jerkah Fikri mencampakkan bantalnya kearah aku. Aku tidak sempat untuk mengelak
menyebabkan muka aku yang bersih ini dikotori dengan bantal busuk miliknya itu.

"Apa ni main baling-baling bantal ni. Busuklah". Jawab aku marah lalu mencampakkan bantal itu kearahnya semula.

"Yelah. Orang tu dah ada 'buah hati' mana nak layan kita ni". Ujar Rahman seolah menyindir. Suasana menjadi semakin gamat apabila hilai tawa dan gurauan mereka bersambung-sambung memenuhi bilik penginapan kami.

"Buah hati apanya. Tak ada masa nak berbuah hatilah sekarang ni. Baik aku tidur daripada layan korang semua. Esok bangun awal". Jawab aku lalu segera memalingkan muka kearah dinding. Malas aku nak melayan kerenah rakan-rakanku itu. Makin aku layan makin jadi.

"Takpe kau tak nak mengaku sekarang. Suatu hari kau mesti cakap yang "Dia" girlfriend kau. Percayalah". Ujar Rahman lagi. Aku hanya mendiamkan diri.

"Betulkah???". Tanya aku dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience