Beberapa bulan kemudian.
"Hidayah,kau okay tak ni?". Tanya Mariam kepada aku. Kami berjalan menuju ke kantin selepas menghadiri sesi pembelajaran berkumpulan.
"Aku okay". Jawab aku sepatah.
"Kau cakap okay,tapi aku tahu kau sebenarnya tak okay. Betulkan?". Kata Mariam seraya bertanya.
Sewaktu itu,kami sudah sampai di kantin untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong minta diisi.
"Kau tak makankah Dayah?". Tanya Mariam kepada aku apabila melihat aku tidak memesan makanan.
"Tak". Jawab aku sambil merenung telefon.
"Kau okay tak ni. Macam tak je. Kau ada masalah ke? Kalau kau ada masalah,beritahu aku. Manalah tahu aku boleh tolong". Kata Mariam sambil memaniskan muka.
"Aku rindukan dia Mar". Jawab aku sambil memandang sahabat baikku itu.Akhirnya aku jujur. Aku sudah pun menceritakan kisah perkenalan dan persahabatan akrab antara aku dengan pemuda bernama Karim kepada Mariam.
Aku gembira mempunyai sahabat yang faham aku. Selalu ada masa susah dan senang.
"Dia ada contact kau tak?". Tanyanya lagi.
"Tak. Handphone dia off. Aku tak tahu kemana dia pergi". Kata aku sambil tunduk memandang handphone.
"Takpelah. Maybe dia busy. Kau pun tahukan dia askar. Kerja dia 24 jam 7 hari seminggu tak berhenti. Adalah sebab dia kot tak on handphone. Kau sabar ahh". Ujar Mariam memberi nasihat.
Suasana menjadi sunyi seketika.
"Dia dah lupa aku kot,Mar". Kata aku. Aku tidak tahu mengapa aku berfikiran sebegitu.
"Eh,takde dia lupa kaulah. Tak payahlah fikir yang negatif boleh tak. Aku tahu aku tak dapat rasa apa yang kau rasa sebab aku tak ada di tempat kau,tapi aku cuma nasihat kau banyakkan bersabar". Nasihat Mariam lagi.
"Aku sabar. Sebab tu aku setia menunggu". Kata aku lagi.
"Bila last dia contact kau?". Tanya Mariam.
"Dua minggu yang lepas. Itu pun last chat dia beritahu 'good bye dear'. Aku tak tahu apa sebenarnya maksud ayat itu". Terang aku kepada Mariam.
" Kau sabar ahh Dayah. Aku tahu kau kuat". Ujar Mariam lalu memeluk aku memberikan aku sedikit semangat. Aku hanya menganggukkan kepala.
"Tentang Zikri tu,kau tak payah pedulilah. Biarkan saja. Hati tak boleh dipaksakan". Ujar Mariam sambil memegang bahuku.
Baru aku teringat,seorang classmate aku bernama Zikri menaruh hati kepada aku. Macam-macam taktik yang dilakukan untuk menarik perhatian aku seperti memberi coklat,meletakkan bunga di atas meja ku di bilik kuliah,dan banyak lagi. Kadang aku rimas. Coklat itu kami makan bersama-sama manakala bunga itu aku berikan kepada rakanku Suhana yang merupakan seorang pencinta bunga. Semua itu berlaku di luar pengetahuan Zikri.
"Selagi masih sayang,selagi itu aku menunggu". Kata aku.
Share this novel