"Hidayah...!!!"
Aku terkejut dengan sapaan seseorang yang datang dari belakang.
"Kau ni.. Terkejut tau tak. Kalau aku ada sakit jantung,dah pengsan aku kat sini tau". Kata aku yang marah dengan kelakuan Mariam yang suka sangat mengejutkan aku.
"Alaa.. Sorrylah sayang". Kata Mariam sambil melentokkan kepalanya ke bahuku.
"Eee.. Tak payah nak bersayanglah". Ujar aku kegelian mendengar kata-katanya itu.
"Alaa.. Takkanlah nak bersayang dengan kau pun tak boleh. Kenapa kau dah sayang dekat orang lain ke?". Kata Mariam pula seraya merajuk.
"Laa. Merajuk pulak kawanku sorang ni. Aku marah kau selalu kejutkan aku macam tadi. Aku tak suka tau". Kata aku.
"Okay,aku minta maaf". Ujar Mariam mencantumkan tangan tanda memohon maaf.
"Aku maafkan kau tapi dengan satu syarat". Kata aku sambil tersengih-sengih.
"Maaf pun ada syaratnya juga". Kata Mariam
"Eh mestilah. Kau belanja aku makan tengah hari ni boleh. Aku laparlah". Ujar aku merengek seperti budak kecil.
"Eh kau ni macam budak-budaklah. Okay,aku sanggup belanja kawan yang aku sayang ni asalkan kau maafkan aku". Ujar Mariam. Selepas itu kami meninggalkan pondok tempat kami mengulangkaji pelajaran setiap petang.
Share this novel