Lagu Shape Of You menandakan ada panggilan seseorang yang sedang menanti untuk aku menjawabnya. Aku segera memakai earphone memandangkan aku sedang memandu selepas habis kuliah petang itu. Panggilan tersebut merupakan panggilan daripada ibu yang meminta untuk aku singgah ke pasaraya untuk membeli barang keperluan dapur. Aku memarkirkan kereta berhadapan dengan sebuah pasaraya besar.
sedang asyik mencari barang,tiba-tiba terdengar suara seseorang datang menyapa dari arah belakang.
"Assalamualaikum". Tegur orang itu. Aku pantas menoleh ke belakang mencari kelibatnya.
Aku melihat seorang pemuda sedang berdiri dihadapan aku dengan mengenakan pakaian uniform yang sangat kemas. Duniaku terasa berhenti seketika.
"Assalamualaikum". Tegur pemuda itu lagi apabila melihat aku berdiri kaku dihadapannya.
Aku yang baru tersedar dari lamunan segera menjawab salamnya itu.
"Awak ingat saya lagi tak?". Tanya pemuda itu. Aku hanya menggeleng tanda tidak tahu.
"Saya yang berlanggar dengan awak dekat parkir kereta masa awak berebut masuk bilik kuliah tempoh hari. Ingat tak?" Ujar pemuda itu. Aku cuba untuk mengingatkan lagi dengan apa yang berlaku.
"Ak.. Ak.. Awak.. Awak yang berlanggar dengan saya tempoh hari tu?". Ujar aku seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku.
"Ya saya. Sayalah orangnya. Saya minta maaf ya". Ujar pemuda itu lagi.
"Takpe. Saya dah maafkan awak. Saya pun dah lupa tentang insiden tu". Jawab aku sambil tersenyum.
"Sebagai tanda minta maaf,izinkan saya untuk bawa awak keluar makan". Ujar pemuda itu seraya pelawa.
"Takpelah. Saya nak cepat juga. Ibu saya tengah tunggu saya di rumah". Kata aku cuba menolak dengan baik.
"Tolonglah. Saya harap awak dapat terima pelawaan saya ni. Saya buat macam ni sebagai tanda maaf saya pada awak". Ujar pemuda itu seraya memujuk.
Akhirnya aku mengalah. Aku bersetuju dengan pelawaannya. Kami sama-sama pergi ke sebuah Restoran Sahabat yang terletak tidak jauh dari tempat letak kereta kami.
Share this novel