BAB 5

Horror & Thriller Completed 10493

Satu lagi, Indra juga teringat kejadian pelik yang berlaku sebelum dia mengambil jenazah di hospital sebelum kejadian.

Apabila tiba di hospital, Indra terus masuk untuk uruskan dokumentasi menuntut jenazah.Sebaik selesai dan berjalan ke bilik mayat, salah seorang rakannya yang bertugas sebagai kakitangan hospital malam itu menegurnya.

"Abang, kenapa van ni bau busuk sangat?"

Busuk? Apa yang busuknya? Indra jadi pelik mendengar pertanyaan rakannya. Bila masa pula vannya berbau busuk?

Dia datang ke hospital dengan van itu dan tidak pula dia terhidu sebarang bau busuk atau kurang menyenangkan ketika memandu tadi. Dek perasan ingin tahu, Indra terus pergi ke vannya. Memang betul, sebaik mukanya dijengah ke dalam van, serta-merta bau busuk menerpa hidungnya.

Fuhh! Bau itu begitu busuk hingga tekak terasa loya. Bagi Indra, baunya seperti nasi basi yang ditinggalkan terperap semalaman dalam kereta.

Mulanya Indra cuba mencari bau tersebut, tapi selepas puas selongkar, dia sendiri tidak pasti dari mana bau itu muncul.

Tapi, apa yang membuatkan Indra lebih pelik, selepas van jenazahnya terlibat dalam kemalangan, serta-merta bau busuk tadi juga hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience