BAB 6

Horror & Thriller Completed 10493

Peristiwa itu sebenarnya dah lama berlaku tapi kerana ia membabitkan satu peristiwa pelik, Indra tak dapat melupakannya hingga kini. Ketika itu Indra tinggal dan masih belajar di tingkatan empat di Pulau Pinang.

Suatu hari ibu Indra memintanya ke kedai yang terletak lebih kurang satu kilometer dari rumahnya. Yang paling tak dapat dielakkan apabila permintaan itu keluar dari mulut ibu ketika waktu maghrib hampir tiba.

Untuk ke kedai, penduduk kampung terpaksa melalui satu kawasan sawah yang agak luas. Begitulah Indra pada malam itu dengan menaiki basikal. Memandangkan ketika itu dah masuk waktu maghrib, tiada kenderaan di jalanan.

Tiba-tiba ketika tiba betul-betul di tengah sawah, Indra terlihat seorang kanak-kanak yang kelibatnya seperti di kenali.

"Oh, Abang Cik, buat apa di tengah sawah ni?" tegur Indra apabila melihat kanak-kanak itu ialah adik lelaki yang Indra panggil ‘Abang Cik’.

Tapi adik lelaki Indra itu diam saja, tak menjawab apa-apa.

"Mari la naik basikal ni, kita ke pekan temankan abang," ajak Indra.

Indra pun memberhentikan basikal dan adik bernama Abang Cik itu terus membonceng Indra di belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience