BAB 4

Horror & Thriller Completed 10493

Dua hari kemudian, Indra terima panggilan daripada pemandu trak penunda tersebut. NAdanya seperti cemas mahu memberitahu sesuatu yang sungguh penting.

"Indra...dah tengok gambar van kemalangan tu? Ada benda dekat van tu", beritahu lelaki tersebut melalui telefon.

“Tak lagi. Hari tu sempat ambil dan hantar terus sebab panik. Ada apa?” tanya Indra dengan rasa ingin tahu yang tinggi.

Lantas tanpa berlengah, lelaki tadi menghantar gambar dirakamnya ke telefon bimbit Indra. Sebaik melihatnya, Indra terkejut.

Gambar itu menunjukkan ada rambut panjang mengurai keluar melalui cermin belakang van tersebut.

"Hiss... rambut siapa pula? Macam mana boleh ada", bisik hati Indra tertanya-tanya.

Lagipun dia yakin ketika meninjau keadaan van bersama rakan-rakan yang datang membantu, tiada siapa yang perasan kemunculan rambut tersebut.

Selepas melihat gambar itu, Indra mula percaya. Dia yakin, kelibat kereta terbabas dan hampir melanggarnya bukanlah kereta sebenar seperti disangkanya. Sebab itu, 'kereta' tersebut ghaib begitu sahaja.

Setiap babak yang berlaku malam itu diimbas dengan jelas. Ya ada kereta terbabas hingga menyebabkan van yang dipandunya juga turut terbabas sama kerana mahu mengelak libasan kereta itu. Namun sebaik semuanya berhenti, hanya vannya yang rosak ada di tempat kejadian. Kereta yang dilihat tadi hilang entah ke mana.

Apa yang berlaku disebabkan ada 'sesuatu' yang aneh mengganggu perjalanannya selepas menghantar jenazah. Lagipun, kalau hendak kata dia mamai, berkhayal atau mengantuk, agak mustahil. Sebabnya, dia baru sahaja bercakap dengan isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience