BAB 12

Horror & Thriller Completed 10493

Hanya selepas melepasi kawasan itu, barulah motosikalnya kembali bergerak laju. Azim tidak menoleh ke belakang lagi. Dia terus memecut sehingga sampai di rumah.

Azim tidak terus masuk, sebaliknya untuk beberapa minit dia terus berada di motosikalnya untuk mengumpul semula kekuatan. Berikutan itu, hasratnya untuk berniaga pada bulan puasa dibatalkan.

Bukan yang pertama diusik makhluk peliharaan Pak Lah kerana sebelum itu ada beberapa orang pernah diganggu tetapi tidak sampai menunjukkan rupa seperti yang berlaku kepadanya.

Seorang rakan abang Azim pernah dimarah ayahnya kerana disangka ingin berjenaka apabila memberitahu tidak boleh mengangkat kereta sorong berisi tanah yang tidak seberat mana.

“Mereka sedang membersihkan kawasan berhampiran rumah Pak Lah apabila Jamal memberitahu ayahnya kereta sorong berisi tanah itu amat berat. Ayahnya menyangka dia bergurau.

“Tiba-tiba Pak Lah datang dan berkata ‘Jangan kacau mereka’, barulah kereta sorong itu boleh digerakkan. Rupa-rupanya Pak Lah datang memarahi makhluk peliharaan yang duduk di dalam kereta tolak itu,” kata Azim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience