BAB 3

Horror & Thriller Completed 10493

Disebabkan van tidak boleh bergerak dan handphonenya tercampak ketika kemalangan, Indra gagal menghubungi sesiapa untuk meminta bantuan. Mahu atau tidak, terpaksalah dia meminta bantuan sesiapa yang melalui jalan tersebut. Dah lah jauh dari kawsan perumahan pastinya dia perlu menunggu lama bagi mendapatkan bantuan.

Indra berdiri di tepi jalan. Niatnya mahu meminta bantuan daripada pengguna jalan raya yang lain. Tapi, selepas hampir 20 minit menunggu, sekali lagi Indra terasa pelik.

Lebih 10 buah kenderaan telah melalui kawasan itu dan sudah hampir 10 buah kereta ditahan tapi peliknya tiada sebuah pun yang sudi berhenti menghulur bantuan.

Lebih pelik, semua kenderaan itu berlalu begitu sahaja seolah-olah langsung tidak nampak kemalangan yang berlaku.

"Mustahil tak nampak. Tepi jalan saja. Biasanya kalau ada kemalangan, mesti kereta perlahan. Tapi ini tak pula. Semuanya nakclaju. Tak nampak kea tau buat-buat tak nampak?", bisiknya dalam hati.

Akhirnya selepas 20 minit, sebuah kereta berhenti dan bertanyakan kemalangan yang berlaku. Pantas Indra meminjam telefon pemandu tersebut lalu menghubungi rakannya meminta bantuan.

Setengah jam kemudian, rakannya tiba bersama trak penunda. Sebelum van jenazah ditunda, pemandu trak merakam gambar van tersebut terlebih dahulu.

Gambar itu dirakam sebagai bukti van tersebut terlibat kemalangan apabila pihaknya mahu menuntut insuran nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience