BAB 9

Horror & Thriller Completed 10493

Satu malam, sebelum aku tidur, aku pergi gosok gigi di tandas bawah. Aku nampak macam kelibat orang lalu belakang aku. Cik Jai kot. Aku diam.

Tapi bila aku nak naik atas balik, aku tengok Cik Jai tengah syok tengok filem hindustan. Macam biasa, aku diam.

Beberapa minggu lepas tu, aku balik kampung. Isnin malam tu Mak cakap dengan aku.

Rupa-rupanya dalam rumah yang kitorang duduk ni ada makhluk hitam yang tinggal. dua ekor. Satu dalam bilik Mak dan satu kat bahagian belakang pintu berdekatan bilik air.

Sekarang baru aku faham. Kenapa aku boleh nampak kelibat Mak dalam bilik dia, sedangkan dia tiada. Dan Mak ditindih masa waktu tidur. Dan objek yang lalu belakang aku masa kat dapur.

Alhamdulillah, sepanjang aku duduk kat rumah tu, aku tak pernah pulak kena ganggu atau apa. Lagi-lagi apabila aku tinggal seorang. Kadang-kadang tu ada la jugak rasa bulu roma tiba-tiba meremang, tapi aku diam je.

Aku baca al-quran dalam bilik. Kadang-kadang aku mengaji kat ruang tamu atas, bagi dia panas sikit. Aku tak adalah rasa takut, cuma risau tu adalah sikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience