BAB 1

Horror & Thriller Completed 10493

Van jenazah dipandu Indra menderu laju meninggalkan Kampung Raya malam Khamis itu, kira-kira jam 3.30 pagi.

Selepas menghantar jenazah ke tempat yang diminta tersebut, Indra mahu segera pulang ke rumahnya yang terletak di bandar Kota Kemuning tidak berapa jauh dari lokasi tersebut. Lebih kurang 40 kilometer. Perjalanan pulang pagi itu agak sepi. Tidak banyak kenderaan yang melalui jalan di antara Kampung Raya di Sungai Besi dan Kota Kemuning.

Hanya sesekali van jenazah dipandu Indra berselisih dengan kereta atau lori-lori besar iaitu kenderaan berat. Bagi Indra itu adalah perkara biasa baginya kerana memang rutin kerjanya begitu. Lori-lori besar ini memang waktunya untuk berada di atas jalan raya bagi menghantar barangan.

Setengah jam memandu seorang diri dalam keadaan bosan, tiba-tiba Indra dikejutkan dengan deringan telefon. Dalam keadaan sunyi sepi bersendirian, deringan lagu yang keluar memang memeranjatkan sesiapa sahaja. Cepat-cepat dia mencapai telefon dan melihat skrin. Ternyata panggilan dari isterinya dan lalu pantas jarinya menekan butang untuk menjawab panggilan daripada isterinya itu.

"Abang kat mana? Balik tak?" tanya isterinya.

"Dah hantar jenazah. Ni dalam perjalanan nak balik," jawab Indra lalu menamatkan perbualan.
Tapi, sebaik telefonnya diletakkan di kerusi sebelah dan melalui sebuah selekoh tajam di hadapanya, tiba-tiba Indra tergamam. Rokok yang masih menyala yang sedang dihisap di mulutnya jatuh mengenai paha kemudian ke kaki. Semuanya gara-gara Indra melopong melihat apa yang ada di hadapannya itu.

Manakan tidak. Di depannya kelihatan sebuah kereta berada di laluan bertentangan selepas hilang kawalan. Kenderaan itu bergerak ke kiri dan ke kanan sebelum berpusing-pusing beberapa kali menghentam pembagi jalan hingga remuk teruk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience