BAB 7

Horror & Thriller Completed 10493

"Beratnya kau hari ni Abang Cik, kau makan apa?" tegur Indra kerana merasakan berat badan adik itu agak berat malam itu. Tapi adik itu diam saja. Tak apalah, kata hati Indra, dia penat sebab tu dia diam saja sepanjang perjalanan.

Bila saja tiba di depan kedai hari telah beransur gelap.

Sebaik saja Indra memberhentikan basikal, Indra terkejut besar kerana adik yang membonceng di sepanjang perjalanan tadi tiada di atas basikal.

“Eh, budak ni, masa bila pula dia turun dari basikal?” Indra menggaru-garukan kepalanya itu.

Selepas membeli barang yang dipesan ibu, Indra terus pulang ke rumah. Bila memasuki rumah, Indra bersua dengan adik yang bernama Abang Cik tu.

"Haai... kau ni Abang Cik, tadi ikut abang ke kedai, lepas tu bila sampai ke kedai hilang pula. Masa bila kau turun dari basikal, buat orang terkejut saja?" tanya Indra.

"Ikut abang naik basikal? Tak lah!! Mana ada ikut abang naik basikal. Tadi saya main bola...ni baru sampai ke rumah ni, mana pula saya ikut abang?" kata Abang Cik penuh hairan.

"Jadi siapa yang ikut abang tadi?" tanya Indra.

Abang Cik cuma ketawa, "Hantu kot yang ikut" katanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience