BAB 14

Horror & Thriller Completed 10493

Sekali lagi seorang rakan Farah cuba memujuk Farihin untuk melupakan saja hasrat menginap di sini tetapi dia tetap berdegil. Farihin mengajak Farah naik ke bilik, namun Farah tidak mahu, sebaliknya menyuruh Farihin naik dulu dan berehat dengan memberi alasan mahu bersembang dengan rakan sebelum berpisah.

Tanpa mempedulikannya, Farihin terus masuk ke bilik dan duduk seketika di meja tulis. Secara tiba-tiba, dia disentap rasa resah gelisah. Dia memandang kiri dan kanan, tetapi perasaannya tetap tidak tenteram.

Anehnya, Farihin masih tetap setia duduk di meja tulis itu. Sesekali terdengar bunyi tapak kaki seperti orang naik tangga menuju ke bilik tetapi Farah tidak muncul-muncul juga. Usahkan suara, bayang Ain pun tiada.

“Ah, tidak ada apa-apa ni. Perasaan aku saja ni,” kata Farihin, memujuk diri. Farihin berasa mahu ke tandas yang terletak di hujung beranda. Terpaksalah Farihin menghayun langkah, keluar bilik untuk ke tandas.

Sedang elok dia berjalan, tiba-tiba langkah kakinya terhenti melihat kelibat seorang wanita sarat mengandung bersama seorang anak perempuannya, berdiri di depan pintu tandas.

Mujur dia sempat berhenti, kalau tidak mesti dia terlanggar wanita berkulit cerah itu dan agak pucat itu. Wanita yang mengenakan baju mengandung berwarna putih itu sempat pula melemparkan senyuman mesra kepada Farihin.

Sebaik membalas senyumannya Farihin terasa semacam. Bulu romanya meremang secara tiba-tiba. Tetapi sempat pula merungut secara diam-diam:
“Hai sewa bilik hotel pun kena kongsi tandas dengan tetamu lain ke...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience