BAB 2

Horror & Thriller Completed 10493

Sepantas kilat kaki Indra menekan brek. Serentak tangannya menyentap stereng ke sebelah kiri, mengelak dari bertembung kenderaan tadi. Bunyi tayar kuat meninggi cuba mencengkam permukaan jalan.

Stretttttttttttt…. Dummm!

Suasana sunyi sepi. Badan Indra menggeletar. Jantungnya berdenyut kencang. Tangannya masih melekat kuat di stereng tapi kakinya tidak dapat mengawal untuk menekan brek. Rasanya sudah maksimum pedal brek ditekan tapi van yang dipandunya masih tidak juga berhenti.

Akibat cuba mengelak kenderaan tadi, van jenazah dipandunya terbabas ke kiri sebelum melanggar penghadang jalan. Remuk bahagian kiri dan sebahagian depan vannya. Hingga mengeluarkan asap.

Bila keadaan sudah tenang, Indra cepat-cepat keluar dari van jenazah tersebut. Baru dia tahu rupanya, van jenazahnya sudah tersadai di atas penghadang jalan. Dia sudah menggeleng kepala melihat kerosakan van itu.
Kemudian, Indra meninjau keadaan sekeliling mencari kenderaan yang terbabas tadi. Cuba melihat apa yang terjadi kepada pemandu kereta yang terbabas hingga berpusing-pusing tadi.

Tapi, Indra pelik.
Kereta yang terbabas dan hampir melanggar van jenazahnya tiada di situ! Yang ada hanya van jenazahnya saja.

"Pelik. Mana pula perginya kereta tadi?", soalnya hairan sebab yakin kenderaan itu betul-betul terbabas dan mereka hampir berlanggar.
Jika tidak masakan dia menggeletar kaki dan badan kerana menyangka nyawanya bakal berakhir di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience