BAB 15

Horror & Thriller Completed 10493

Selepas keluar, wanita itu tidak kelihatan. Sebaik Farihin kembali ke bilik, Farah pun naik. Dia tidur di katil bersebelahan Farihin di katil queen.

Baru saja terasa mata hendak terlelap tiba-tiba kaki Farihin seperti disentap sesuatu. Dijenguk pada hujung katil, tiada siapa. Farihin diamkan saja dan ambil keputusan buat tak tahu.

Sedang mereka mencuba sekali lagi untuk melelapkan mata, dua beradik itu dikejutkan suara tangisan bayi yang tidak henti-henti sepanjang malam. Bukan saja bunyi bayi menangis, bermacam-macam bunyi lagi yang datang dari arah sebelah.

Farihin sempat mengintai ke luar, nampak cahaya terang benderang.

“Agaknya ada orang dengan anak kecil. Eh...tetapi ini kan satu-satunya bilik di tingkat atas,” katanya yang hanya menambah gelisah di hati. Farah makin resah gelisah dan tidak boleh tidur.

Pagi itu, seawal jam 6 pagi mereka sudah terjaga. Farihin bingkas mengajak Farah cepat-cepat keluar dari situ. Syukur mereka mendapat tiket bas pagi ke kampung. Dalam bas, Farah mula bercerita mengenai pelbagai gangguan dan bunyi yang didengarnya sepanjang malam.

Ceritanya, dia diberitahu banglo itu memang terkenal dengan pelbagai kisah seram. Katanya, dulu dipercayai seorang wanita sarat mengandung ditinggalkan suami buat seketika kerana tuntutan kerja. Ditakdirkan ketika ketiadaan suaminya dia sakit hendak bersalin dan akhirnya mati bersama bayinya di bilik itu.

Sebaik saja Farah menyebut mengenai perempuan mengandung, Farihin terus menjerit sehingga mengejutkan penumpang bas lain.

Tubuhnya terus lemah longlai kerana dia sudah berdepan penunggu rumah tumpangan yang dimaksudkan itu - kelibat wanita hamil yang ditemui di depan pintu tandas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience