BAB 11

Horror & Thriller Completed 10493

Azim tidak berasa risau membersihkan semak samun di sebelah rumah Pak Lah kerana tahu tanah itu bukan kepunyaan orang tua berkenaan.

Makhluk peliharaan Pak Lah cuma menjaga harta bendanya saja. Hampir separuh hari berhempas pulas, Azim tersenyum lega melihat tanah sekangkang kera itu sudah bersih.

Kini dia cuma membilang hari memulakan perniagaan air soya.

Malam itu, Azim ke rumah rakannya untuk membincangkan perniagaan mereka. Perbincangan yang disangka cuma sekejap rupanya mengambil masa panjang.

Selepas jam 12 tengah malam Azim akhirnya meminta diri untuk pulang. Dia sedikit pun tidak berasa takut menaiki motosikal untuk balik ke rumah yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari rumah rakannya.

Dia sudah biasa balik ke rumah pada waktu malam.

Bagaimanapun, sebaik melintas kawasan baru dibersihkannya petang tadi, motosikalnya tiba-tiba berat dan enjinnya mati.

“Kenapa pula motosikal ini tiba-tiba buat hal. Tadi elok saja. Minyak habiskah atau tayar pancit?” Azim menyoal diri sendiri tanpa mengesyaki sebarang perkara lain.

Sedang asyik tertanya sendiri, dia tiba-tiba terpandang cermin sisi dan ketika itu semangat lelakinya sedikit tercabar.

Daripada cermin itu, dia ternampak ada makhluk duduk membonceng di belakang dengan siung yang panjangnya kira-kira sejengkal. Ketika itu, Abidin hanya mampu membaca ayat suci al-Quran dan bersungguh-sungguh menghidupkan motosikalnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience