BAB 8

Horror & Thriller Completed 10493

Sebelum kami berpindah ke rumah yang didiami sekarang ni, rumah ini telah ditingalkan agak lama oleh pemiliknya dan tidak disewakan kepada sesiapa pun. Mungkin ada sebab-sebab tertentu.

Indra dan keluarganya terpaksa berpindah ke rumah tersebut kerana tuntutan tugas ayahnya sebagai tentera yang selalu ditugaskan ke kawasan yang berlainan.

Mak pernah beritahu, ada satu hari tu ketika tidur, dia rasa macam ada sesuatu yang menindih badan dia.

Nak bergerak, dia rasa susah. Nak celik mata, tak boleh celik. Nak bukak mulut, keluarkan suara pun, seakan-akan macam ditekup mulut. Bukan Mak saja pernah mengalami peristiwa pelik, malah aku pun pernah jugak.

Seperti biasa, setiap malam selepas makan malam, aku akan melepak sambil menonton televisyen di ruang tamu atas. Seorang diri. Manakala Mak dan Cik Jai di bawah.

Nak jadikan cerita, tekak aku rasa haus, air dalam botol pun dah habis. Maka aku ambil botol dan turun ke bawah untuk isi air.

Lalu depan bilik Mak, lampu menyala, macam kelibat Mak sedang duduk di atas katil. Aku hairan, sebab waktu-waktu macam ni selalunya dia menonton televisyen di bawah.

Aku patah balik, sekali lampu bilik tidak dinyalakan pun. Dan Mak pun sebenarnya tiada di dalam bilik. Aku hairan, tapi diam je. Orang tua-tua pesan, nampak benda pelik jangan tegur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience