BAB 4

Romance Completed 7510

"KAU tak bosan ke tinggal kat rumah je?" tanya Lyna sewaktu dia berduaan di ruang makan dengan Emira. Peluang yang ada inilah yang harus digunakan sebaik mungkin. Tak sangka Emira mengajaknya datang makan malam bersama mereka suami isteri. Lyna? Pucuk dicita ulam mendatang.

Emira geleng. Tangannya sibuk menyusun mangkuk dan pinggan di atas meja.

"Kau tak nak kerja?"

"Malas. Aku tak ingat apa-apa pun, nak kerja macam mana? Lebih baik aku stay rumah je," jawab Emira acuh tak acuh. Dalam hati, dia mula menjerit jahat. Kalau aku kerja, makin senanglah kau nak rapat dengan suami aku, kan ?!

Terangkat kening Lyna, seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Setahunya, dulu Emira pantang duduk di rumah. Dia lebih rela keluar bekerja, berjumpa orang ramai. "Dulu kau lain.. Kau selalu keluar pergi kerja. Kadang-kadang, kau tinggalkan je Qasha kat rumah.."

Tangan Emira yang tadinya lincah, kini terhenti. Dia mengangangkat wajah. "Banyak jugak kau tahu pasal aku dengan Qasha, kan? Hm, kau memang panggil dia Qasha ke? Bukannya waktu mula-mula kita jumpa, kau panggil dia Aqasha?" Satu perbezaan yang dapat dikesan, lantas Emira menjadikannya sebagai peluru untuk 'menembak' Lyna.

Wanita itu pula sudah terkulat sendiri, buat Emira tersenyum puas. "Hm tapi rasa-rasanya semua orang panggil dia Qasha, kot.. Aqasha. Panjang sangat nama tu.. Tiga suku kata." Sengaja Emira ketawa di hujung katanya. Lyna segera mengangguk, mengiyakan apa yang Emira cakap.

"Dah siap dah ke?" tegur Aqasha dari belakang, menarik perhatian kedua-dua wanita itu. Emira segera menghampiri suaminya, lalu merangkul pinggang Aqasha. Sengaja dia pamerkan kemesraan di depan Lyna.

"Abang dah turun pun.. Jomlah makan. Semuanya dah siap."

Aqasha dan Emira duduk bersebelahan manakala Lyna pula bertentangan dengan Aqasha. Sekejap-sekejap Aqasha akan mencuri pandang Lyna dan bila pandangan mereka bersatu, masing-masing akan tersenyum.

Emira cuba butakan matanya. Selagi dia mampu, dia akan bertahan.

"Lyna.. Kau masih membujang ke sampai sekarang?"

Tersedak Lyna dengan soalan itu sementara Aqasha pula sudah menggigit bibirnya. Emira segera hulurkan air dan tisu napkin kepada Lyna. Setelah Lyna okay, barulah dia menjawab. Itupun selepas berkali-kali menghantar isyarat mata pada Aqasha.

"Aku.. Memang single jela. Tak ada siapa nakkan aku.."

"Oh.. Hm.. Abang.. Apa kata abang kalau saya suruh abang kahwin dengan Lyna?"

Pucat lesi wajah Aqasha dengan cadangan itu. Agaknya kalau ditoreh pun, takkan ada darah yang mengalir. "Apa awak cakap ni?"

"Laaa, betullah Mira cakap. Selama Mira kat hospital, kan Lyna yang jaga makan minum pakaian abang. Dia siap datang rumah untuk gosokkan baju abang lagi. Kesian dia. Tak baik abang buat dia macam tu. Lagipun, kan abang masih ada tiga lagi kosong.."

Lyna mulai panas punggung. Kalau tak kerana Aqasha, dah lama dia membalas kata-kata pedas itu. Aqasha sama seperti Lyna, mulai tidak selesa. Rasa bagaikan dijerut dengan tali pun ada.

"Ma..Macam mana kau tahu?"

"Petang tadi, aku call ibu.. Saja je nak cerita yang aku ajak kau makan malam kat sini. Ibu kata, bagus jugak. Boleh balas jasa baik kau. Hm tak sangka sampai macam tu sekali kerja setiausaha, kan? Mesti kau penat." kata Emira, masih lagi dalam nada selamba. Dia masih boleh menelan makanan dengan penuh berselera sedangkan untuk Aqasha dan Lyna pula, selera makan mereka sudah terbang lesap!

Dalam hati, Emira menggerutu sendiri. Ibu mertuanya memang sumber berita yang baik. Dari hal masakan hinggalah ke hal rumahtangga, ibu mertuanya memang bijak memberitahu apa yang sepatutnya dia tahu. Nasib baik pasu kaca tak dipecahkan. Isteri mana yang sudi bila perempuan lain uruskan hal suaminya?!

"Aku rasa, mesti kau pernah tidur sini, kan?" Emira berkata pedas untuk kesekian kalinya.

"Awak.."

"Eh.. Handphone Mira tertinggal kat atas. Pelupa betul Mira ni, padahal baru pagi tadi abang belikan. Mira naik sekejap eh.." Pantas Emira mencipta alasan bila Aqasha sudah bersuara. Sebenarnya, dia mengelak bukan kerana dia takut dimarahi Aqasha. Tapi dia takut kalau Aqasha lebih membela Lyna daripadanya.

Emira berdiri dan menuju ke dapur untuk mencuci tangannya, kemudian dia bergegas naik ke tingkat atas.

Lyna dan Aqasha saling berpandangan.

"I'm sorry, sayang.. I tak tahu pulak dia akan buat perangai macam ni.." ucap Aqasha perlahan. Hatinya resah jika Lyna merajuk dengannya. Lyna pula sudah tayangkan muka cemberutnya.

"You tak salah, okay. Wife you tu yang mengada-ngada. Dia ingat dia tu bagus sangat ke? Hei, dia lupa ke apa yang dia dah buat kat you? Siapa yang mulakan semua ni? Kalau dia tak buat hal, you akan setia dengan dia.." kata Lyna dengan perasaan sebal.

Kesalahan dirinya yang menggoda Aqasha, Lyna cuba nafikan. Sebaliknya dia ungkit kesilapan Emira. Aqasha tertunduk. Apa yang Lyna katakan benar, tapi entah kenapa, sekarang dia pula yang rasa bersalah. Terasa seolah dia yang mengkhianati perkahwinan mereka kerana mempunyai hubungan dengan Lyna. Kerana mencintai Lyna walaupun dirinya sudah beristeri.

"You cakap you nak ceraikan dia, tapi bila?"

"I tak tahu. I kesiankan dia jugak tapi dalam masa yang sama, I pun tak sabar nak mula life baru dengan you..”

Lyna menggenggam jemari Aqasha lembut. "Shh.. You janganlah macam ni. I tak suka tengok you stress macam ni. It's okay.. I'll wait for you. I love you, dear.." pujukan Lyna meredakan hati Aqasha yang bergelodak. Tak sampai seminit, Aqasha sudah mampu tersenyum.

"I love you too, sayang.." Dan pandangan mereka bersatu.

Emira yang sejak tadi mendengar segala-galanya, hanya mampu menangis. Mulutnya ditekup, bimbang akan mengeluarkan suara. Air mata berjuraian ke pipi.

Ya Allah.. Kuatkanlah hamba, Ya Allah.. Tabahkan hati hamba untuk terima kenyataan yang Aqasha cintakan perempuan lain. Ya Allah, jadikanlah aku hamba-Mu yang kuat..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience