BAB 10

Romance Completed 7510

SEJAK Puan Hajar dan Encik Shahid pulang, Aqasha mula mendekatkan dirinya dengan Emira. Setiap waktu, dia akan cuba melakukan apa sahaja asalkan Emira akan melayannya. Dan malam ini, Emira tiada di rumah. Tadi katanya nak pergi cari persiapan hari raya tapi sampai sekarang dia masih belum pulang. Bila ditelefon, talian tak dapat disambungkan.

Aqasha duduk berseorangan di ruang tamu. Sesekali dia mengerling pintu. Kalau Emira pulang, dia akan menyambut isterinya dengan senyuman lebar. Dia akan melayan Emira dengan sebaik mungkin. Mesti Emira penat selepas sibuk mencari persiapan hari raya.

Dan tiba-tiba pintu dikuak. Melompat Aqasha dari sofa dan dia terus berlari mendekati pintu. Tak sabar gayanya untuk berjumpa si isteri. Tapi sebaik terpandangkan seorang wanita, senyumannya mati. Hilang terus angan-angannya untuk melayan Emira bak seorang puteri.

"Kenapa you datang tak beritahu I dulu?" tanya Aqasha sambil matanya tidak lepas memandang Lyna yang bersahaja duduk di atas sofa. Kakinya disilangkan , tangannya menepuk-nepuk sofa itu.

"Bukannya itu ke sebab you bagi I kunci rumah ni? So that I could come and go as I please? Lagipun, you yang cakap Emira tak ada kat rumah.."

"Yeah, I know. But not now. Kalau dia balik tiba-tiba macam mana?" Aqasha memberi alasan, berharap Lyna akan meninggalkan rumah itu. Silapnya juga kerana terlepas cakap sewaktu di pejabat tadi.

Lyna berdiri, mula menghampirinya dengan gaya menggoda. "Sayang.."

Aqasha jadi gelabah. Bulan-bulan puasa macam ni, takkanlah Lyna tak reti nak jaga perangai sikit? Lehernya dirangkul Lyna sebelum pipinya dicium.

"Kenapa you ni? Takut dengan Emira ke? Ataupun you dah mula sayangkan dia?" tanya Lyna dalam nada sinis. Berbulan tinggal sebumbung, tidur di atas katil yang sama. Takkanlah iman tak tergugat langsung?

Terdiam Aqasha. Sayang? Rasanyalah...

Aqasha tak dapat nafikan, dia tak nak Emira berjauhan darinya. Dia ingin selalu di sisi Emira dan menyayanginya sebagaimana di alam percintaan dulu. Semua indah belaka.

"Sayang.." panggil Lyna lagi. Tangannya mula merayap ke butang baju Aqasha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience