BAB 1

Romance Completed 7510

‘’Subhanallah! Betulkah ni bang? Ini bukan mimpi kan?’’ Emira memeluk lengan suaminya. Dia merenung rumah itu dengan satu perasaan kagum.

‘’Tak sayang, mari masuk,’’." jawab Aqasha acuh tak acuh. Emira senyum, dia jadi teruja bila memikirkan mereka berdua akan kembali hidup bersama selepas dua bulan dia terlantar di hospital.

"Hm.. Awak masuk dulu. Saya nak tolong Lyna angkat barang sekejap.." kata Aqasha lagi sebaik sahaja dia membuka mangga dan pintu. Emira angguk. Matanya setia mengekori langkah Aqasha, hinggalah Aqasha mendekati Lyna.

Kata Aqasha, Lyna itu ialah rakan karibnya. Mereka sudah lama bersahabat dan melambung pujian Aqasha kepadanya. Lyna baik, Lyna cantik, Lyna peramah.. Sayangnya, Emira langsung tak ingat siapa Lyna dalam hidupnya.

Sejak dirinya dilanggar lari oleh orang tak bertanggungjawab, Emira terlantar di hospital dan sedar-sedar sahaja, dia gagal untuk mengingati segala-galanya. Sedangkan namanya sendiri pun dia lupa!

Bunyi gelak tawa menarik mata Emira ke arah Aqasha dan Lyna. Semerta dia terkilan sendiri. Lelaki yang mengakui dirinya sebagai suaminya sedang bergelak mesra bersama seorang wanita lain.

"Eh, kenapa awak tak masuk lagi ni?" tegur Aqasha bersama beg jinjit di tangannya. Emira pandang Aqasha, kemudian dia pandang Lyna. Air muka Lyna juga berubah semerta. Jika tadi wajahnya ceria bukan main, sekarang dah monyok.

Emira memaksa dirinya untuk senyum. "Saja. Tunggu abang dengan Lyna. Biar Mira bawak beg tu.." Tangan Emira sudah memegang tali beg bercorak kuda belang itu, buat Aqasha jadi serba salah. Dia ingin menghalang tapi Emira berkeras ingin menarik beg itu dari tangannya.

Dengan lafaz Bismillah, kaki kanan Emira melangkah masuk ke dalam rumah. Tenang hatinya di rumah itu, seolah-olah rumah itu dekat dengan jiwanya.

"Awak ingat rumah ni?"

Emira geleng. "Tak.. Tapi Mira rasa happy. Entahlah.. Maybe because I belong here." jawabnya bersama senyuman yang masih mekar. Emira meletak begnya di lantai. Dia ingin 'menjelajah' rumah ini.

Dari dapur, Emira ke tingkat atas. Setiap satu bilik yang dimasukinya berjaya terbitkan perasaan bahagia. Di bilik utama, dia lihat ada potret tergantung di dinding. Sekali lagi bibirnya menguntum senyum. Itu gambar kahwin dia dan Aqasha. Melihat betapa ceria wajahnya dipeluk Aqasha buat Emira yakin, mereka suami isteri memang cintakan satu sama lain.

Emira mendekati potret tersebut lalu jemarinya bermain di situ. Kini, Emira sudah tidak sabar ingin mengingati semua memori manisnya bersama Aqasha. Dia yakin sekali kebahagiaan sentiasa mengiringi mereka berdua, apalagi cinta mereka yang mendalam.

Berpuas hati, Emira turun semula ke aras bawah. Baru dia sedar yang Aqasha tidak menemaninya naik ke atas. "Abang.. Abang.." panggil Emira sambil kaki diatur turun semula ke tingkat bawah. "Ab..." Terkunci bibir Emira bila dia lihat Aqasha dan Lyna sedang berbual di dapur. Hati Emira mulai galau.

Dia cuba memasang telinga tapi butir percakapan langsung tak dapat ditangkap. Mereka berdua bercakap dalam nada yang teramat perlahan, buat hati seorang isteri terus-terusan disimbah asid cemburu.

Share this novel

Siti Rohani Idris
2022-08-19 14:30:55 

sapalah tak galaukan bila suami lbh perempuan lain Dr kta


NovelPlus Premium

The best ads free experience