BAB 14

Romance Completed 7510

SEMPENA HARI RAYA kedua ini, Emira berkunjung ke rumah Puan Hajar dan Encik Shahid. Sambutan dari kedua-duanya tidak menghampakan. Emira bersyukur, Puan Hajar dan Encik Shahid masih sudi menerima kehadirannya.

“Mira macam mana sekarang?”

“Alhamdulillah, Mira sihat bu.. Tak sangka kan, sekejap je dah raya. Rasa macam baru semalam kita sambut puasa pertama sama-sama.” Kata Emira sambil tersenyum di hujung katanya. Puan Hajar mengangguk tanda bersetuju.

Puan Hajar mencuit peha Encik Shahid, memberi petanda sambil menjeling ke seorang lelaki. Faham maksud Puan Hajar, Encik Shahid membuka mulut.

"Ni.. Nama abangnya ni siapa ? Tak nak kenalkan kat ibu abah ke?" usik Encik Shahid sambil ibu jarinya mengunjuk pada lelaki yang duduk di sebelah Emira.

Emira menoleh, dia berbalas senyuman dengan lelaki itu. Tahu-tahu sahaja lelaki itu sudah menggenggam jemarinya. Terasa kehangatan kasih sayangnya. "Ibu.. Abah.. Sebenarnya, Mira memang nak kenalkan pun.. Ini Naufal, suami Emira." Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya saat mengenalkan Naufal kepada Encik Shahid dan Puan Hajar.

Encik Shahid dan Puan Hajar saling berpandangan. Meski sedikit terkilan, mereka tetap tumpang gembira kerana akhirnya Emira menemui kebahagiaannya dengan orang lain. Walaupun jodoh Emira dan Aqasha tak lama, mereka tetap menyayangi Emira.

Emira pandang Naufal dengan senyuman yang masih melekat di bibir. Masih segar di ingatannya, bagaimana dia dan Naufal bertemu.

Dua tahun yang lalu, selepas Emira meninggalkan rumah itu, ada satu kereta yang nyaris melanggarnya. Mujurlah si pemandu sempat menahan brek. Emira jatuh terduduk di atas jalanraya, tercungap-cungap nafasnya. Sangkanya, ini ialah kali terakhir dia melihat dunia sebelum dia bertemu-Nya.

Bila si pemandu keluar dari kereta, bibirnya mengucap panjang. Rupa-rupanya Allah temukan Emira dengan Puan Zaidah. Orang tua itulah yang membawanya ke klinik serta memberinya pelindungan selepas mengetahui cerita Emira.

Pertama kali menyambut Aidilfitri tanpa suami, Emira cuba untuk sembunyikan kesedihannya. Dalam diam, dia menghantar whatsapp kepada Aqasha. Mengucapkan Salam Lebaran serta meminta maaf dan minta Aqasha halalkan segala-galanya. Pun begitu, Emira sempat menyelitkan ayat, 'Saya jugak mohon.. Tolong lepaskan saya. Dan tolong.. Lupakan saya.'

Entah apa reaksi Aqasha, Emira tak nak ambil peduli. Tahu-tahu sahaja, Aqasha mengajaknya untuk berjumpa dan waktu itulah, Aqasha menjatuhkan talak ke atasnya. Lega Emira bila dirinya tidak lagi 'diikat' oleh lelaki itu.

Dan kemudian, Puan Zaidah melamar Emira untuk anak tunggalnya. Mulanya Emira menolak dengan alasan tidak mengenali satu sama lain. Tapi kata Puan Zaidah, 'Ada sebabnya Allah temukan Emira dengan Aqasha. Jadi, Emira tahu Aqasha bukan jodoh Emira. Jadi Emira tahu hargai orang yang betul-betul hargai Emira. Rancangan Allah.. Tak ada siapa yang tahu..'

Pertama kali bertemu Naufal, ada rasa yang terdetik. Emira tunaikan solat sunat Istikharah dan dia sudah temui jawapannya. Naufal ialah takdir hidupnya dan Emira reda.

"Hm, Mira dah happy dengan Naufal. Entah bila agaknya si Qasha tu nak bahagia dengan Lyna.." Keluhan dari mulut Puan Hajar menarik Emira berpijak semula di bumi nyata. Lupa terus pada kisahnya dan Naufal.

Emira tersenyum hambar. Dia tahu yang Aqasha bernikah dengan Lyna seminggu selepas mereka bercerai dan dia juga tahu yang hingga hari ini, perkahwinan mereka tak pernah tenteram. Ada sahaja yang digaduhkan.

"Tak apalah, ibu.. Insya Allah, satu hari nanti, okaylah tu.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience