BAB 5

Romance Completed 7510

AQASHA mengeluh sendiri bila bubur ayam yang disediakannya langsung tidak dijamah. Dia merenung wajah pucat Emira.

"Kenapa awak tak makan ni?"

"Tak ada selera." Pendek sahaja jawapan yang diberi Emira. Aqasha duduk di atas katil, tangannya meraba dahi Emira.

"Badan awak panas ni.. Dah tiga hari awak macam ni. Saya tak boleh pergi kerja tahu, tak.. Suruh pergi klinik, awak tak nak.." omelnya dalam nada keras.

Luluh hati sang isteri dengan layanan kasar suaminya sendiri. Emira cuba tahan air matanya. Rasa sebak mula menyaluti sekeping hati bila terbayangkan bagaimana pula layanan Aqasha pada Lyna.

Aqasha tak tahu ke yang dia demam selepas tahu hubungan rahsia Lyna dan Aqasha? Bodoh sangat ke Aqasha sampai tak boleh fikir sendiri?

"Mira tak suruh abang teman. Kalau nak pergi kerja, pergi je. Bagus jugak, Mira boleh tidur aman sikit.."

Kini giliran Aqasha pula terpempan. Amboi, marah nampak? Salahnya juga sebab berkata kasar pada Emira. Tiba-tiba Aqasha terfikir sendiri. Dia marah sebab tak suka Emira demam ataupun dia marah sebab tak dapat jumpa Lyna di pejabat?

Emira menarik duvet sampai menutup kepalanya. Kalau dia terlambat, mesti Aqasha nampak air matanya yang jatuh. Telinganya dapat menangkap keluhan Aqasha.

'Pergilah bang.. Mira tak kisah..' kata hati Emira walaupun dia tahu dirinya sendiri menipu.

Share this novel

Siti Rohani Idris
2022-08-19 14:49:17 

kesian Mira. Suami dh kemaruk bercinta dgn konon2 bff


NovelPlus Premium

The best ads free experience