BAB 15

Romance Completed 7510

USAI membaca doa sesudah menunaikan solat Isya', Emira mengucup tangan Naufal lalu membiarkan dahinya dicium Naufal. Syahdu di hati terasa. Emira bangun lalu melipat telekungnya. Tiba-tiba tangan Naufal melingkar di pinggangnya.

"Sayang.."

"Ya, bang?" jawab Emira dengan panggilan abang walaupun Naufal sebenarnya muda dua tahun daripadanya. Mungkin dia muda pada usia, tapi Naufal matang dalam mengharungi kehidupan. Dan apa yang pasti, Naufal jauh lebih matang dari Aqasha.

"Sayang sayangkan abang tak?"

"Mestilah.. Apa yang abang cakap ni?"

"Saja je. Manalah tahu kot-kot abang sorang je yang syok sendiri.."

Emira ketawa perlahan. Sikap manja Naufal masih bersisa dan hanya pada dirinya kemanjaan itu dipamerkan. "Sayang sangat sangat sangat sangat kat abang. Tak percaya lagi?"

Naufal mengangkat bahu tanda tidak tahu. Sejujurnya, selepas pulang dari rumah Puan Hajar dan Encik Shahid, dia merasa cemburu. Naufal membesar dengan kasih sayang seorang ibu, maka dia dapat mengukur dalamnya kasih Puan Hajar pada isterinya.

Emira pusingkan badannya menghadap Naufal. Ini mesti sebab mereka beraya di rumah Puan Hajar tadi. "Abang marah ke?"

Sekali lagi Naufal mengangkat bahu.

Dengan senyuman, Emira mencium pipi suaminya. Dari kanan, ke kiri. Tangan Naufal digenggam lalu diangkat. "Abang nampak cincin kat jari ni? Sampai hujung nyawa, sayang akan cintakan abang sorang je. Jangan jealouskan Aqasha, dia tak layak untuk dapat cemburu abang tu.. Yup, sayang tak nafikan yang ibu masih sayangkan sayang.. Tapi sayang tu cuma kasih seorang ibu pada anak. Sayang ni kan anak yatim.. That's why she loves me.."

"But you have Ummi!" Naufal pantas mencelah lalu menyebut tentang Puan Zaidah. Emira mengulum senyumnya.

"Eii, ada orang jealous kat sini.. Alaa, janganlah jealous.. Tak kiralah Ummi ke, Ibu ke.. Yang penting hati sayang ni cuma nakkan abang je. I love you, dear. Thanks for accepting me walaupun masa lalu sayang tak secantik mana." Pujukan dan kata-kata manis Emira berjaya melunturkan rasa cemburu Naufal.

Jodoh yang diatur oleh Puan Zaidah buat dirinya rasa bahagia. Meski di awal perkahwinan Naufal sedikit ragu-ragu kerana Emira lebih tua namun dia tetap jatuh cinta dengan wanita itu tak sampai seminggu selepas pernikahan mereka. Persetankan semua kisah lama Emira kerana Naufal yakin, setiap orang ada kisah hitamnya sendiri.

Untuk Emira pula.. Bicara dan santun Naufal buatkan hatinya terpikat sekelip mata. Meski mereka bukan berkahwin atas dasar cinta, Naufal selalu mengambil berat tentangnya. Naufal memberi perhatian penuh padanya dan menghormati dirinya selaku seorang wanita dan seorang isteri. Tak pernah sekalipun Naufal mengungkit kisah lalunya. Bahkan Naufal yang memberi nasihat padanya untuk padam sahaja memori hitam itu. Seminggu selepas bernikah, Naufal luahkan rasa cintanya.

“Abang tak pandai bagi janji-janji manis. Tapi one thing for sure, I love you. Abang takkan sia-siakan sayang. Abang nak cipta kenangan manis je jadi sayang boleh lupakan semua kenangan pahit tu.. Tapi tolonglah, jangan lupakan abang..”

Mudah sahaja hatinya yang kecewa dek Aqasha diubati dengan tingkah Naufal.

Kini datanglah seribu Aqasha ataupun seribu Fahrin. Datanglah jua seribu Lyna yang cuba porak-perandakan hubungan mereka suami-isteri. Emira yakin, dia dan Naufal tak akan mengalah.

"And thanks for loving me.. Tolong jangan tinggalkan abang. Okay?"

"Insya Allah.. Hanya maut je yang boleh pisahkan kita.." kata Emira lantas memeluk erat tubuh Naufal. Mereka sama-sama tersenyum. Inilah cinta mereka. Emira memegang perutnya. Tiga bulan lagi, rumah ini akan ceria dengan tangisan bayi. Alhamdulillah... Akhirnya bahagia sudi menjengah hidupnya.

Saat sesebuah hubungan diuji dengan pelbagai godaan dan serangan, ingatlah bahawa perpisahan bukan opsyen. Ingat semula segala janji semasa akad, fahami maksud ijab dan Kabul. Janganlah sia-siakan hati insan yang mencintai dirimu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience