BAB 6

Romance Completed 7510

BERTAMBAH tak keruan Aqasha bila Emira seakan mencipta jarak di antara mereka. Setiap kali waktu makan, Emira mesti diam seribu bahasa. Tak pula dia berceloteh itu dan ini. Setiap waktu Subuh, dia hanya kejutkan Aqasha selepas dirinya menunaikan ibadah solat walaupun kebiasaannya dia akan merengek minta Aqasha imamkan solatnya. Kalau Aqasha menonton TV, Emira tidak lagi duduk di sisinya. Sebaliknya dia akan naik ke bilik dan tidur.

Lyna pula semakin manja kebelakangan ini. Ke mana mesti nak berdua. Seolah-olah dia tak malu untuk memberitahu dunia bahawa dia bercinta dengan suami orang. Dan suami orang itu ialah suami rakan baiknya sendiri. Pantang ada kesempatan, Lyna akan ungkit hal kahwin dan suruh Aqasha ceraikan Emira.

Memang Aqasha tak sabar nak lepaskan Emira agar dia boleh cepat-cepat bernikah dengan Lyna. Tapi itu dulu. Sekarang…

"Awak.." teguran Emira buat hati lelakinya sentap. Awak? Emira panggil dia 'awak'? Bukannya Emira panggil dia 'abang' ke? "Saya ada buatkan air ni. Minumlah dulu." Emira menghulurkan secawan teh O kepada suaminya.

Teragak-agak tangan Aqasha mahu menerimanya. Berwajah selamba, Emira memalingkan tubuhnya dan mula menaiki anak tangga.

"Emira."

Panggilan Aqasha buat langkahnya terhenti. Emira tidak menoleh, juga tidak menjawab. Kalau Aqasha ada benda nak cakap, cakap je. Telinganya masih berfungsi dengan baik.

"Esok pagi.. Awak tak nak solat Subuh dengan saya, ke? Esok dah masuk bulan Ramadan, saya rasa lebih baik kita start solat berjemaah lagi."

"Okay." Dan Emira melangkah lagi.

"Emira." Sekali lagi langkahnya mati.

"Saya ingat.. Nak buka puasa kat rumah nanti. Kita berdua je. Awak tolong masakkan, boleh?"

"Okay."

"Emira.."

"Boleh tak awak bagi saya naik bilik? Kalau awak nak beritahu apa-apa, tolong buat satu list lepas tu tampal kat fridge. Esok saya baca." Keras suara Emira waktu itu, cukup untuk mengunci mulut Aqasha. Air muka lelaki itu berubah semerta dan tak semena-mena, Emira pula yang rasa bersalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience