BAB 12

Romance Completed 7510

PULANG dari sekolah, Emira menghempas tubuhnya di atas katil. Letih. Hari ini pula hari Rabu, ada sesi kokurikulum. Memang penat tak terkata. Telefonnya menjerit minta diangkat. Nama suami kesayangan tertera. Bibir Emira senyum lebar.

"Hello.. You kat mana tu? Lambat lagi ke nak balik?" Manja suara Emira bila berbual dengan Aqasha. Telinganya dapat menangkap suara Aqasha ketawa.

"Ni mesti you rindukan I, kan? Jawab call je, terus tanya macam tu..”

“Kenapa? Salah?”

“Tak pun.. Sebab I miss you too..”

Emira tersenyum gembira. Dalam ramai-ramai lelaki yang pernah dipacarnya, hanya Aqasha seorang yang mampu membuat dia terbuai seperti sekarang. Disebabkan itulah dia memilih Aqasha selaku teman hidup. Sudah tiga tahun mereka berkahwin dan hingga sekarang cinta mereka masih mekar lagi.

Selepas berbual-bual, Aqasha menyerahkan telefonnya kepada Lyna. Hairan juga Emira bila Lyna berada di dalam pejabat Aqasha tapi bila mengenangkan Lyna ialah setiausahanya, Emira abaikan rasa cemburunya. Puas berborak, Emira putuskan talian. Aqasha sudah berjanji akan pulang awal dan kemudian mereka berdua akan menikmati makan malam di restoran.

Inilah untungnya kalau masih belum mempunyai anak. Mereka bebas ke mana sahaja tanpa memikirkan si anak kecil. Ada masanya, Emira hairan. Dia dan Aqasha tak pernah merancang tapi hingga kini mereka masih belum mendapat anak. Nak kata ada masalah, kedua-duanya subur.

Bila telefonnya berdering lagi, Emira terus menjawab. "Yes, hubby.. Takkanlah rindu I lagi. Macam babylah pulak you ni.."

"I ada kat depan rumah ni. Ada barang you yang tertinggal kat sekolah."

Erk. Bulat terus mata Emira mendengarkan suara itu. Itu bukan Aqasha, tapi Fahrin! Emira melompat dari katil dan terus menjengah ke tingkap. Apa Fahrin buat kat sini? Berlari Emira turun ke tingkat bawah.

"You! Kenapa you datang rumah I ni?" Pelik Emira bila Fahrin muncul. Mamat ni memang macam biskut. Hilang timbul macam tu je. Emira mendekati Fahrin, hanya pagar rumah yang menjadi pengukur jarak.

Fahrin senyum tipis, dia menyerahkan buku serta beg plastik kepada Emira. "You tertinggal barang you. I tolong hantarkan je. Lagipun, I kan hubby you.." kata Fahrin, sengaja mengungkit kenangan di antara mereka berdua. Hubby-baby ialah gelaran yang mereka guna sewaktu bercinta dahulu. Hingga hari ini, kemanjaan Emira tidak dapat dilupakan. Salahnya juga kerana meninggalkan Emira begitu sahaja.

Dan kini, takdir pertemukan mereka semula apabila dia dipindahkan ke sekolah tempat Emira mengajar. Berjumpa selepas terpisah dan mempunyai profesion yang sama, Fahrin yakin dia dan Emira memang dijodohkan bersama.

Emira menarik muka masam. "You ni.. You dah janji kan, tak nak ungkit hal lama. Lagipun I dah kahwinlah. By the way, thanks untuk barang ni. Seriously, I lupa sangat."

"My pleasure, dear.. So, tak nak jemput I masuk? A cup of tea would be enough."

"Husband I tak ada.." jawab Emira dalam nada tegas. Lelaki kacak itu ketawa. Tak sangka Emira setia dengan suaminya. Tak apa, mari kita lihat sejauh mana kesetiaan itu.

"Duduk luar je la. Takkanlah you nak bawak I masuk dalam pulak. Air teh je, okay.. Lagipun I nak cerita banyak benda dengan you.."

Sudahnya, Emira mengalah. Apa salahnya kalau menghidangkan tetamu dengan air? Sekadar berbahasa.. Lagipun, mereka duduk di laman rumah. Emira membuka pagar lalu mempelawa Fahrin duduk di kerusi yang tersedia. "You duduk dulu.. I masuk dalam sekejap." Dan Emira terus berjalan masuk ke dalam rumah.

Fahrin senyum. Lenggok Emira buat dia tergoda untuk kesekian kalinya. Dia tersenyum nakal.

Di dapur pula, Emira cepat-cepat membancuh air. Cepat dia hidangkan air, cepatlah tetamu tak diundang tu balik. Kemudian Emira letakkan semuanya di atas dulang. Dia keluar dari dapur.

Sampai di ruang tamu, langkahnya mati. Fahrin yang sedang melihat gambarnya dan Aqasha berbulan madu, menoleh bila menyedari kewujudannya. "Sorry.. Pintu tu terbukak, I masuklah.."

Emira mendengus. Dulang diletakkan di atas meja. "Minumlah cepat.."

"You happy ke dengan husband you?" Fahrin terus ke pokok persoalan. Dia benar-benar ingin tahu samaada Emira bahagia atau tidak. Kalau Emira tak gembira, dia rela memperisterikan Emira. Sama padan, bagai pinang dibelah dua. Cikgu Fahrin, Teacher Emira. Hm, mesti jadi hot!

"Hm. Happy! He is the one for me. My Mr. Right, my Prince Charming. He has everything that I want. And most importantly, he treats me like a princess." kata Emira bangga.

Fahrin mencemih bila Emira puji Aqasha. Dia cuba sabarkan hati. Fahrin bangun dan duduk di sebelah Emira. Emira mula menjarakkan badannya tapi Fahrin semakin mendekatinya.

Tangan Emira ditarik Fahrin, lalu dikucupnya tangan itu. "You sure ke, Aqasha sorang je yang boleh layan you macam tu?"

"Yup." Jawab Emira seraya menarik tangannya.

Bibir Fahrin beralih ke pipi Emira pula. Terkedu Emira dibuatnya lalu dia menolak tubuh Fahrin. "Don't Fahrin! I isteri orang. I isteri Qasha!"

"Then, prove me that you isteri yang setia." Sehabis ayatnya, Fahrin menggunakan kudrat lelakinya untuk menarik Emira. Dipeluk dan dicumbunya pipi Emira dengan paksaan walau Emira menjerit minta dilepaskan.

Fahrin membaringkan Emira. Tangannya mula merentap t-shirt Pengakap Laut yang dipakai Emira. Emira menangis. Terbayang-bayang wajah Aqasha di matanya. Allah.. Ya Allah! Dah lama dia terlupa akan Tuhannya yang satu itu. Terbayang-bayang dosa lamanya tiba-tiba. Baru kini dia perlukan-Nya selepas bertahun-tahun lamanya dia terlalu mengejar keseronokan dunia !

'Ya Allah.. Lindungilah aku, Ya Allah.. Aku tahu aku tersesat dari jalan-Mu. Tapi aku mohon, kau peliharalah maruahku selaku seorang isteri. Berilah aku peluang kedua Ya Allah. Allahu Rabbi..'

Hati Emira merintih merayu kepada-Nya. Dia tidak dapat melawan lagi. Apalah sangat kudratnya nak dibandingkan dengan Fahrin?

Air mata Emira mengalir deras bila t-shirt yang dipakainya sudah terkoyak di tempat yang tak sepatutnya. 'Allah..'

"Emira!" Satu jeritan bergema dan itu sudah cukup untuk buat Fahrin terhenti. Emira yang terbaring di atas sofa menggunakan peluang itu untuk menolak Fahrin ke tepi.

"Sayang!" Bertambah laju air matanya keluar. Dia mendekati Aqasha dan perasaan malunya menebal bila Lyna turut ada di situ. "Sayang.."

"Apa yang you buat ni? Jantan mana tu?!" Dek perasaan cemburu yang meluap, Aqasha menengking isterinya.

"Sayang.." Emira cuba memeluk Aqasha tapi tangannya ditepis.

"Don't touch me! I tak sangka you masih tak berubah. Dulu sebelum kahwin, I tak kisah kalau you jadi playgirl. Tapi lepas kita kahwin, you dah janji yang you akan setia dengan I! Apa semua ni?!"

"Sayang. Please, listen to me. I.. I nyaris-nyaris nak kena…"

"Kau janganlah nak buat alasan kat sini. Inilah cara perempuan sundal. Sendiri yang nak buat, lepas tu cakap nak kena rogol pulak!" Lyna yang sememangnya menanti masa untuk hubungan mereka suami isteri retak, menggunakan peluang ini. Sengaja dia menekan perkataan 'sundal' itu, biar maruah Emira nampak kecil di mata Aqasha.

"Lyna! Apa kau cakap ni?! Demi Allah.."

Fahrin pula menyampuk, "You jangan gunakan nama Allah kat sinilah.. You yang ajak I buat tadi. You yang goda I.." Fahrin cuba untuk membelit cerita. Dia mendekati Emira lalu memeluknya dari belakang. Sengaja pula dia kucup leher yang putih itu. "Dia cakap Aqasha tak pandai layan dia. So, dia ajak I balik rumah. Dia yang mintak I.."

"Cukup, Fahrin!" Emira menolak Fahrin. Geli bila dirinya dipeluk dan dicium begitu. Dan apa yang lebih menjijikkan, Fahrin melakukan itu di hadapan Aqasha! Aqasha pula langsung tak membelanya. Waktu Fahrin memeluknya pun, Aqasha tetap berdiam diri. Dayuskah suaminya itu?

"Bie.. Dengar cakap I dulu, okay.. I berani bersumpah, semua ni tipu!"

"Shut up, Emira! Enough is enough! Sepatutnya I tahu yang you memang betina tak sedar diri! You bitch!" Satu tamparan hinggap di pipi Emira buat Lyna tersenyum simpul. Mungkin inilah saat kemenangannya. Lyna janji, dia akan gunakan peluang ini untuk buat Aqasha jatuh cinta dengannya.

Fahrin mendekati Emira. Kasihan pula dia dengan tohmahan yang diterima Emira. "Hei, Qasha! Kalau ya pun, janganlah cakap dia betina. Jangan panggil dia bitch!"

"Huh, kau dah puas dengan dia, barulah kau nak backup dia, kan? Haa, baguslah! Bawak betina ni pergi! Aku tak nak tengok muka dia kat sini!!"

Hilang terus rasa cintanya pada Emira selepas menyaksikan babak hangat di antara Emira dan Fahrin. Sejarah Emira yang gemar bertukar-tukar pasangan seakan meyakinkan Aqasha bahawa maruah isterinya semurah itu.

Sebak di dada tak tertahan, Emira berlari keluar dari rumah. Tanpa menoleh ke belakang lagi, Emira terus berlari hingga ke jalan besar hinggalah...

Emira terkulai layu di atas jalanraya. Dia terbatuk-batuk dan darah menyembur keluar dari mulutnya. 'Ya Allah.. Berilah hamba peluang kedua Ya Allah.. Peluang kedua agar dapat aku bersujud pada-Mu.. Peluang kedua agar aku dapat buktikan pada Aqasha yang aku tak pernah curang. Ya Allah Ya Tuhanku..'

Perkara terakhir yang Emira nampak ialah, kereta yang melanggarnya tadi berundur. Mata Emira yang sedari tadi mengalirkan air mata mulai tutup perlahan-lahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience