BAB 13

Romance Completed 7510

"ALLAH dah bagi saya peluang kedua. Saya nak mintak maaf sebab saya tak pandai jaga maruah diri saya. Tapi.." Emira mengakhiri ceritanya dengan tangisan. Dia dan Aqasha tak layak untuk dibandingkan.

Dia hanyalah mangsa sementara Aqasha sendiri yang tergoda untuk melakukan perkara terkutuk itu. Masih terngiang-ngiang hinaan dan cacian dari mulut lelaki itu dan juga Lyna.

Betina? Perempuan sundal? Bitch? Adakah semua itu memang sesuai untuknya walaupun bukan dia yang bersalah? Terasa bagaikan hilang terus cintanya dengan panggilan kotor yang diberi oleh Aqasha.

Ego seorang lelaki tumpas. Baru hari ini dia mengetahui kebenarannya. Sangkanya selama ini, Emira yang berzina dengan lelaki lain. Rupanya tak! Astaghfirullahal'azim.. Apa yang dia dah lakukan ni?

Aqasha melutut di depan Emira. Dia rela menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami, asalkan Emira rela memaafkannya. Seumur hidupnya, tak pernah dia cintakan orang lain sepertimana Emira. Antara dia dan Lyna pula.. Ianya hanya satu kesilapan. Aqasha mula menyalahkan dirinya sendiri yang terlalu bodoh dalam menilai cinta isteri.

"Sayang.. Maafkan abang. Abang berdosa kat sayang. Abang cemburu sangat. Abang ingat sayang memang berzina dengan Fahrin. Abang tak tahu.. I'm so sorry, dear.. I'm so sorry.." Rayunya sambil memeluk lutut Emira. "Sepatutnya abang bela sayang, bukannya jatuhkan maruah sayang. Ya Allah, apa aku dah buat ni?"

Lelehan air mata Aqasha langsung tidak menyentuh sanubari Emira. Hari ini, dia dilukai dengan sangat mendalam. Itu yang pasti. Dan mungkin luka itu tidak akan berjaya disembuhkan Aqasha.

"Berapa kali awak buat maksiat dengan Lyna? Dalam rumah ni?"

"Hei! Aku tak pernah buat apa-apa dengan dialah! Memang aku selalu tidur sini, tapi aku tak dapat tidur dengan dia pun!” jawab Lyna sebal. Tak habis-habis dia menyalahkan Emira yang buat rancangannya terbantut.

Lyna mendekati Aqasha lalu menarik lelaki itu. "Yang you nak peluk , merayu dia maafkan you tu buat apa? Sekarang ni, you dah ada I. Pergi mampuslah dengan perempuan tu!"

Tersentak Aqasha bila Lyna mengeluarkan kata kesat begitu. Selama dia mengenali dan bercinta dengan Lyna, tak pernah sekali Lyna berkata seperti itu. Nampaknya, belang sebenar Lyna sudah kelihatan.

"Kau.. Kau memang sukakan Qasha dari dulu lagi, kan? Sejak dia tackle aku lagi, kau memang suka dia, kan?!"

"Dah.. Jangan cakap apa-apa lagi. Abang bawak sayang pergi hospital. Luka sayang teruk ni.." kata Aqasha yang masih lagi prihatin pada lutut dan tapak tangan Emira. Sentuhan Aqasha ditepis. Luka di luaran, Aqasha sibukkan. Habis, luka di hatinya?

"Lepaskan saya." Bergegar tubuh Aqasha dengan dua perkataan itu. Aqasha berpura-pura tidak mendengarnya. "Saya mintak awak ceraikan saya! Saya tak nak jadi isteri awak lagi!" Jeritan Emira jelas membayangkan yang dia sudah nekad.

"Baguslah! Kan you memang dah lama tunggu nak ceraikan dia!" Lyna si batu api mula mencucuk lagi.

"You diam, Lyna! Emira.. Please, honey.. Maafkan abang. Abang betul-betul bersalah. I love you.. In fact, I love you more than before. Abang sayang Mira sangat-sangat.. Tolonglah jangan tinggalkan abang.."

Emira menghela nafasnya dalam-dalam. “Qasha. Enough is enough. Allah dah makbulkan doa saya dan saya tak nak mengharap apa-apa lagi. Lagipun saya tahu, kita berdua memang dah tak ada harapan lagi..”

“Tapi kita boleh cuba!”

“Cuba? Macam mana nak cuba? Sampai sekarang, tak sekalipun awak ‘sentuh’ saya. Sebab apa? Sebab awak jijik dengan saya! Dan sekarang ni, saya pula yang tak rela disentuh awak. Dahlah awak tak percayakan saya, awak hina saya.. Awak bercinta dengan kawan baik saya sendiri. Awak nyaris nak terlanjur dengan dia dalam bulan Ramadan! Bulan yang mulia, Qasha!

Kalau saya terima awak sekalipun, saya tak boleh tipu diri saya. Tiap-tiap malam, saya akan ingat awak dan Lyna setiap kali awak sentuh saya. Bila kita cuba bermesra, saya akan anggap, ‘Oh, Qasha ingat aku ni Lyna agaknya..’ Sampai bila kita nak jadi macam tu? Sampai bila?!

Tolonglah Qasha.. Tolong. Ceraikan saya.” Panjang lebar Emira berkata bagi menguatkan pendiriannya. Aqasha terduduk di lantai, dia menangis semahunya. Bohonglah kalau Emira kata dia tak sedih dengan keadaan Aqasha sekarang. Tapi dia juga punya hati.. Mungkin ini ialah petunjuk Allah bahawa Aqasha bukan insan yang tercipta untuknya.

Emira keluar dari rumah. Darah yang masih mengalir di lutut dan tapak tangan gara-gara tergores di jalan raya tadi diabaikan. Rasa sakit di lutut tak sama dengan rasa sakit di hatinya. Keluar dari rumah, dia berjalan tanpa hala tuju. Hujan lebat membasahi tubuhnya sekali lagi.

Tiba-tiba Emira dapat rasakan ada satu cahaya yang sedang menghampirinya. Cahaya yang kian hampir. Cahaya yang dirasakan akan membawa dirinya pergi selepas dia terselamat dahulu.

‘Ya Allah.. Kalau inilah masanya untuk Kau bawa aku pergi, aku redha. Terima kasih untuk peluang yang Kau beri. Sekurang-kurangnya aku dapat bersujud kepada-Mu..’

Tiiiinnnnnnnnnnnnnnnn !!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience