BAB 11

Romance Completed 7510

"Mira!" terjerit Aqasha sebaik matanya terpandangkan sekujur tubuh yang jatuh terjelepok di lantai. Aqasha pantas berdiri tegak, membetulkan butang bajunya manakala Lyna pula kalut mencapai baju bagi menutup tubuhnya yang terdedah.

Aqasha mendekati Emira. Dilihatnya Emira kusut masai. Dengan baju basah kuyup, tudung yang senget dan wajah comot, ianya cukup untuk buat Aqasha risaukan keadaan isterinya. "Mira kenapa ni?" Aqasha pegang bahu Emira, tapi pantas ditepisnya.

"Jangan sentuh Mira."

"Mira.."

"Jangan!!" jerit Emira lalu menolak Aqasha dengan sepenuh kudratnya. Tangisannya makin menjadi-jadi. Baru sebentar tadi, dia ingat segala-galanya. Dia ingat siapa dirinya, siapa Aqasha dan Lyna. Dan juga apa silapnya dulu. Pulangnya dengan niat untuk merayu agar Aqasha maafkan dia tapi lain pula jadinya!

Mata dan hatinya sakit melihat perbuatan Aqasha dan Lyna. Dan apa yang lebih membuatnya jijik, di bulan Ramadan yang mulia ini? Ya Allah.. Jauhnya mereka suami-isteri tersasar..

"Apa yang Mira nampak tu.." Tak sempat Aqasha habiskan ayatnya, Lyna mencelah.

"Aku dengan Qasha memang bercinta. Kitorang cintakan satu sama lain. Kau sendiri nampak kan betapa mesranya kitorang tadi?"

Kalaulah Emira masih dirinya yang dulu, memang bergunung cacian diberikan. "Kau.. Dah datang rumah aku, kau nak buat maksiat kat sini?" tanya Emira dengan kekuatan yang masih berbisa.

Lyna sengih sinis. Geram dia apabila rancangannya tak menjadi. Nyaris sahaja Aqasha menjadi miliknya tapi Emira pula menjadi penghalang. Sekarang dia dah tak peduli. Kena gelar perempuan jalang sekalipun, dia akan pastikan Emira dan Aqasha berpisah.

"Alaa, kau cakap macam kau tak pernah buat je.." sindir Lyna lagi. Aqasha mencerunkan matanya, menyuruh Lyna jangan bersuara lagi. Dia benci keadaan ini. Dia benci bila Emira tak terurus begitu. Dia benci bila Lyna berjaya menundukkannya dan dia sangat benci bila Emira menangkapnya berlaku curang sebegitu.

"Aku dah buat dosa, kau pun nak buat jugak?"

Semerta dua pasang mata tertancap padanya. Aqasha memandangnya dengan mata yang tak berkelip, Lyna pula sudah ternganga.

"Aku dah ingat semula. Aku ingat Aqasha, aku ingat kau. Aku ingat semuanya.."

"But, how? I mean..."

Ayat Aqasha mati sebaik dia terpandangkan darah yang mengalir di kaki Emira. Bergegas dia mendekati Emira lalu menyingkap kain baju kurung yang dipakainya. Ya Allah, darah! Warna merah pekat itu mengalir dari lutut Emira. Saat itu juga Aqasha terpandangkan darah menitik. Dilihatnya tapak tangan Emira juga berdarah.

"Sayang.. Kenapa ni? Kenapa berdarah macam ni sekali?" tanyanya. Aqasha membuka baju yang dipakainya lalu dikoyakkan hingga menjadi dua bahagian, kemudian digunakan untuk mengikat lutut Emira dengan ketat.

Sayang? Emira menggeleng sendiri. Bila semuanya dah terbongkar, baru mulut suaminya sudi memanggilnya sayang? Kenapa? Dah tak jijik dengannya bila Aqasha sendiri 'kotor' orangnya?

"Saya accident.. Waktu itulah saya ingat semuanya. Saya berlari balik ke sini, saya ingat nak mintak maaf dengan awak.. Tapi, nampaknya.." Air mata jernih mengalir di pipi. Mendengarkan itu, Aqasha terus memeluk Emira.

"Sorry, sayang.."

"Don't be.. Tapi awak patut malu dengan diri sendiri. Bulan puasa ni, syaitan kena ikat. Tapi kalau awak buat perangai jugak, maksudnya itu memang diri awak. Memang awak yang nak buat.. Bukan sebab hasutan syaitan, tapi nafsu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience