BAB 8

Romance Completed 7510

MALAM itu , Emira mengambil peluang untuk berbual dari hati ke hati dengan Puan Hajar. Sampai sekarang dia masih belum mengingati apa-apa dan semua ini buat dia menjeruk rasa sendiri.

"Ibu.. Kalau Mira tanya something, ibu jangan marah, boleh?" tanya Emira selepas mereka berdua berbual tentang ahli keluarga yang lain. Sebentar tadi Puan Hajar bercerita tentang anak sulungnya, merangkap abang Aqasha yang kini menetap di Boston. Tentang keletah cucu saudaranya dan macam-macam lagi.

Puan Hajar mengangguk sambil tersenyum.

"Dulu.. Sebelum Mira accident.. Mira ni orang yang macam mana?" tanya Emira teragak-agak.

"Kenapa Mira tanya? Qasha ada cakap apa-apa ke? Lyna?"

"Tak ada.. Diorang tak sebut apa-apa pun, sebab tu Mira tak boleh nak ingat langsung. Mira selalu berdoa agar Allah bagi Mira peluang untuk ingat semula." Sayu sahaja nada Emira. Sungguh, dia sangat sedih dengan keadaannya sekarang. Apa punca Aqasha tegar berlaku curang padanya? Sampai sekarang dia tak tahu!

Andai dirinya yang pernah melakukan kesilapan besar, mungkin Emira boleh terima. Tapi, betulkah dulu dia pernah bersalah? Terlalu besarkah kesalahan itu hinggakan Aqasha berubah hati?

"Mira.. Dengar cakap ibu." Puan Hajar mengelus pipi Emira lembut, kemudian dia menggenggam jemari menantunya. "Manusia tak pernah terlepas dari buat kesilapan. Dulu mungkin Mira pernah buat salah. Mungkin jugak kesalahan Mira terlalu besar tapi itu tak bermakna Mira berdosa sampai akhir hayat. Allah Maha Pengampun. Sekali kita berjalan kepada-Nya, Allah akan terima kita dengan hati terbuka."

"Maksud ibu? Mira memang pernah buat salah kat Qasha dulu?" tanya Emira, semakin tidak sabar untuk mendengar kata-kata Puan Hajar yang seterusnya.

"Ibu hanya manusia biasa.. Kalau ibu rahsiakan atau tipu, tak guna jugak. Nanti bila Mira dapat tahu, Mira akan tuduh ibu penipu. Ibu tak nak bukak aib Mira. Cuma satu je pesan ibu.. Layan Qasha dengan baik. Mintak maaf atas semua kesalahan Mira kat dia. Jangan lupa Allah.. Okay?"

Suara lembut Puan Hajar menyusup masuk ke telinganya dan tanpa kata, air mata Emira menitis. Benarlah yang dia pernah lakukan kesalahan besar pada suaminya…

"Tapi kalau Mira tanya ibu, ibu rasa masa lalu Mira tak penting. Sedangkan Allah terima taubat hamba-Nya, takkanlah kami semua tak terima perubahan Mira.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience