Bab 9

Other Completed 6242

"SIAPA dia tu pak cik?" tanya seorang pemuda kepada Encik Hairil. Dia yang dimaksudkan adalah Haura' yang dilihat baru keluar surau bersama Puan Humaira.

"Hesh kamu ni... Jaga mata, Ashraf..." Ashraf yang ditegur Encik Hairil terus menunduk. Tangannya menggaru kepala yang tidak gatal. Mengaku bersalah. Salahnya tak menundukkan pandangan, kan dah tangkap cintan. Eh? Ye ke? Takkan sekali pandang dah jatuh? Itulah bahayanya mata bila tak dijaga.

"Tu anak angkat pak cik..." Encik Hairil menerangkan sedikit.

"Oh... Cantik..." Ashraf berkata tanpa sedar. Matanya ditalakan semula ke arah Haura'.

"Kamu tak jaga mata lagi Ashraf?" tegur Encik Hairil sedikit tegas. Bukan memandai-mandai tegur anak orang. Tapi, itulah tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Yang kebanyakannya diabaikan oleh orang Islam. Lagipula, Encik Hairil sememangnya seorang yang disegani di kawasan itu. Bukan kerana harta, tapi kerana akhlak mereka sekeluarga.

"Maaf pak cik... Maaf..." kelam kabut Ashraf melontar kata maaf. Terasa begitu bersalah.

"Bukan dengan pak cik, tapi dengan Dia..." Encik Hairil berpesan lagi. Merujuk kepada menyuruh beristighfar dan bertaubat.

"Pak cik sampaikan jugak maaf saya kat anak angkat pak cik... Saya terasa berdosa..." Ashraf mula menunduk. Kesal dengan kesalahan. Kesalahan yang sama. Namun, syukur juga ada yang menegurnya.

Encik Hairil kemudiannya meminta diri untuk pulang bersama isterinya dan anak angkatnya. Ashraf cuma mengangguk.

'Takkan nak balik sekali? Nanti aku asyik nak pandang je budak tu pulak. Nanti bertambah dosa aku. Dosa yang aku dah buat pun tak tertanggung, takkan nak tambah dosa lagi? Berapa banyak dosa nak bawak pergi hadap Allah? Kita datang suci bersih, takkan nak pulang kotor? Kita datang dari syurga takkan nak singgah di neraka?' monolog hati Ashraf sendirian. Tanpa sedar, air mata gugur satu persatu. Beribu penyesalan atas dosa yang dilakukan.

Encik Hairil, Puan Humairah hanya dia dalam perjalanan pulang. Sepi tanpa suara, namun seketika kemudian Encik Hairil kembali teringat permohinan maaf Ashraf. Encik Hairil memandang Haura'. Memang benar, Haura' mempunyai rupa paras yang sangat cantik. Tidak salah Encik Hairil memilih sekolah baru buat Haura'. Harapnya Haura' akan selesa nanti.

"Haura'..." panggilan Encik Hairil membuatkan Haura' menoleh memandang bapa angkatnya itu.

"Ya, walid?" Sahut Haura' dengan senyuman.

"Tadi, Ashraf suruh walid sampaikan maaf dia pada Haura'." Ucap Encik Hairil senafas. Dahi Haura' berkerut.

"Ashraf mana walid? Salah apa dia dekat Haura'?" Tanya Haura'. Hairan.

"Ashraf anak pengerusi ke, bang?" Tanya Puan Humairah pula.

"Ha'ah...." jawab Encik Hairil.

"Apa salah dia pulak pada Haura'?" Puan Humairah dan Widad Haura' berpandangan sesama mereka. Menanti jawapan Encik Hairil.

"Dia pandang anak kita tu tadi, siap puji lagi. Terpikat agaknya..." jawapan Encik Hairil memeranjatkan Haura'. Belum lama dia tinggal di situ, sudah ada yang minat? Haura' beristighfar dalam hati. Berdoa moga dijauhkan dari segala bala dan fitnah.

"Tapi, dah lama jugak Ashraf tu tak ke rumah kita..." kata Puan Humairah.

"Dia sibuklah tu dengan urusan syarikat dia. Cuma bagusnya budak tu, dia tak tinggal solat jemaah." Puji Encik Hairil. Puan Humairah mengangguk setuju. Akhirnya mereka tiba di hadapan rumah. Kunci dibuka. Dengan lafaz salam dan langkah kanan, mereka masuk ke dalam rumah.

*bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience