Bab 12

Other Completed 6242

HAURA' merebahkan badannya ke sofa. Penat berjalan dari pagi hingga petang. Selepas solat asar di sebuah masjid, barulah mereka pulang ke rumah. Barang sudah selesai dibeli semuanya. Alhamdulillah. Haura' kemudiannya naik ke bilik dan membersihkan diri. Segar kembali selepaa mandi. Dibuka almari berwarna ungu lembut yang ada di bilik itu. Menakjubkan! Dalam almari itu semuanya berwarna ungu. Cantik-cantik. Akhirnya Haura' memilih satu helai baju T-shirt muslimah dan kain berwarna hitam. Tudung warna sepadan dicapai dan disarungkan.

Turun ke bawah, matanya melilau mencari Puan Humaira dan Encik Hairil. Nampak sahaja kelibat mereka di taman bunga depan rumah, terus Haura' menapak laju ke depan. Diambil tempat duduk sebelah Puan Humaira. Puan Humaira dan Encik Hairil agak terkejut dengan kedatangan Haura' yang tiba-tiba. Kemudian, mereka tergelak bersama. Haura' menuang air teh ke dalam cawan. Pisang goreng buatan Puan Humaira memang serupa dengan pisang goreng arwah umi.

"Siapa belajar dari siapa?" tanya Haura' memecah sunyi.

"Ajar apa ni?" tanya Puan Humaira kebingungan.

"Hihi... Pisang goreng ni... Arwah umi kalau buat pun rasa macam ni. Sedap. Terasa nak lagi." Habis bicara, terus diambil seketul lagi pisang goreng. Tawa kedengaran melihat telatah Haura'.

"Umi belajar dari arwah umi Haura'. Masakan dia memang sedap-sedap belaka." puji Puan Humaira.

"Oh... Patutlah sedap... Hihi..." gurau Haura' lagi.

"Haura' nak mula menjahit bila?" Tanya Puan Humaira.

"Lepas isyak nanti kot. Satu tudung pun cukuplah." Jawab Haura'.

"Haura' belajar menjahit semasa umur berapa?" Tanya Encik Hairil pula.

"Darjah 3... Hehe...." jawab Haura'.

"Uish, mesti dah hebat menjahit ni..." usik Puan Humaira. Haura' menafikan, merendah diri.

"Assalamu'alaikum..." suara seseorang memberi salam menarik perhatian mereka.

"Eh, Ashraf tu bang... Abang jemputlah dia masuk... Lama dah tak borak dengan dia..." kata Puan Hmaira bila dapat mengecam pemuda yang berdiri di hadapan pagar rumah mereka.

"Haura' masuk ambik cawan..." Haura' terus bangun dan ke dapur. Sebiji cawan diambil dan dibawa semula ke depan.

Dia duduk kembali di sebelah Puan Humaira. Bertentangan dengan Ashraf. Puan Humaira menuangkan teh ke dalam cawan lalu dihulur buat Ashraf. Ashraf menyambut sopan. Mereka rancak berbual dan Haura' hanya diam. Sungguh, malunya sangat tebal. Hanya menjadi pendengar setia. Puan Humaira dan Encik Hairil seolah memahami dan membenarkan Haura' masuk ke rumah apabila dia meminta diri.

"Err...Apa nama anak pak cik tu?" Tanya Ashraf sedikit gerun.

Puan Humaira tersenyum. Dia akui. Benarlah kata suaminya sebelum ini. Ashraf sudah tersuka pada Haura'. Puan Humaira dan Encik Hairil hanya memandang penuh makna pada Ashraf. Gelisah dibuatnya pemuda segak itu. Serba salah di hatinya. Malu tiba-tiba terasa.

"Err... Maaf... saya tak bermaksud... saya mintak diri dulu la...." kelam kabut di ingin bangun. Tergelak Puan Humaira dan Encik Hairil. Ashraf bingung.

"Duduk Ashraf." Arah Encik Hairil. Dia akur.

"Nama dia Widad Haura'." Ujar Puan Humaira. Dalam hati menyipan harapan dan angan-angan.

"Sedapnya nama. Semanis orangnya." Puji Ashraf spontan.

"Parah dah kamu ni. Kena kahwin cepat-cepat..." usik Puan Humaira. Ashraf hanya tersengih menyedari keterlanjuran kata-katanya.

Dia mula menukar topik perbualan dan terus meninta diri setelah agak lama di situ. Sesudah Ashraf berlalu, Puan Humaira dan Encik Hairil tersenyum penuh makna. Haura' muncul semula. Cawan dan pinggan yang telah kosong diambi dan dibawa ke dapur. Senyuman Puan Humaira dan Encik Hairil yang sempat dilihat hanya menimbulkan rasa hairan di hati. Malas ingin meluahkan.

*bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience