Bab 4

Other Completed 6242

Ujian takkan pernah berhenti...
Berkat kesabaran kaki terus berdiri...
Melangkah tenang meniti hari...
Kekuatan dipohon dari Ilahi...
Walau ujian seberat gunung...
Tetaplah bangun...
Usah menyerah...
Namun mulakanlah...
Satu langkah baru...

******************************

HAURA' memandang sayu jenazah Ana yang sudah selesai dia dan beberapa orang kafankan. Matanya sudah tampak merah dan membengkak akibat terlalu banyak menangis tapi tetap tak menghalang dia dari membantu menguruskan jenazah arwah Ana. Selesai dikafankan, ahli keluarga diberi peluang terakhir untuk mengucup Ana. Haura' hampir menangis lagi. Tak tertahan sesak di dadanya. Perginya sahabat tercinta bukan suatu yang mudah untuk diterima. Namun dia pasti, ada hikmah di sebaliknya. Haura' cuba menguatkan diri. Dikucup dahi dan kedua pipi Ana yang sejuk dan kaku itu. Agak lama. Wajah itu ditatap sepuasnya. 'Tenanglah kau wahai sahabat... Tenanglah kau di sisiNya... Tunggulah aku di pintu syurga...' doanya dalam hati.

Jenazah kemudiannya dibawa ke masjid berdekatan untuk disembahyangkan. Menyertai solat jenazah buat kali kedua, Haura' tak dapat menahan air matanya saat solat. Tetapi digagahkan diri meneruskan solat. Akhirnya, dengan kekuatan yang bersisa, dia dapat juga menyelesaikan solat jenazah. Haura' tidak mengikut ke pengebumian. Hanya tinggal di rumah Ana bersama beberapa orang saudara Ana dan juga Ibu Najwa. Dikhuatiri dia pengsan kerana terlalu banyak menangis.

"Widad Haura'... ibu tahu Haura' kuat. Jangan lemah ye sayang? Ana mesti sedih kalau tengok Haura' macam ni. Ingat pesan arwah Ana." Ibu Najwa bersuara. Haura' menoleh dan tersenyum tipis.

"Ingat, sayang... Nabi kita diuji lebih hebat. Apa sangatlah yang kita hadapi sekarang...." Ibu Najwa tak berhenti memberi kata motivasi.

Seketika kemudian, beberapa orang masuk ke dalam rumah arwah Ana. Haura' hanya memandang. Dia perasan ada beberapa orang guru sekolahnya yang hadir. Pastinya membawa sumbangan dari pihak sekolah buat keluarga. Bukannya dia ingin kurang ajar dengan tidak menegur guru-gurunya. Cuma, emosinya tika ini tidak begitu stabil. Salah seorang gurunya, Cikgu Mariatul Qibtiyah datang menghampirinya. Dipeluk pelajar kesayangannya itu. Sudahlah yatim piatu, hilang pula sahabat sejati.

"Widad Haura'... Cikgu tahu kamu kuat, anakku. La tahzan... Innallaha ma'ana... Biar Ana Amira tenang di sana... Jangan lupa untuk terus mendoakan dia. Cikgu tahu kamu anak dan sahabat yang baik...." cikgu Mariatul Qibtiyah cuba memberi semangat. Digenggam kuat tangan Haura' seolah ingin meminjamkan kekuatan buat Haura'.

'Semoga terus tabah anakku...' bisik hati cikgu Mariatul Qibtiyah.

Dua jam selepas itu, keluarga Ana Amira pulang ke rumah setelah selesai urusan pengebumian. Haura' masih tidak menyedari. Dia tertidur di ribaan Ibu Najwa kerana penat menangis. Ibu Ana memandang sayu sahabat anaknya. Kasihnya tumpah pada Haura' sejak pertama kali melihatnya. Pernah dia menyatakan pada suaminya untuk mengambil Haura' sebagai anak angkat, namun dibantah dengan baik oleh suaminya. Bukan tidak mahu. Di sudut hati, dia sendiri telah menganggap Haura' seperti anaknya sendiri. Cuma, yang difikirkan adalah, anaknya lima orang lelaki. Pastinya susah untuk Haura' bergerak bebas di rumah itu. Jadi, mereka membatalkan niat suci itu. Ibu Ana duduk di sebelah Ibu Najwa dan mengusap perlahan kepala Haura' yang dibaluti tudung itu.

"Kesian Haura'...." lirih suara ibu Ana.

"Betul tu... usia semuda ini, dia sudah diuji begitu kuat." Balas Ibu Najwa.

"Akak penjaga Haura'?" Tanya ibu Ana.

"Ya. Nama akak Najwa..." balas Ibu Najwa dengan senyuman.

"Nama saya Aira Anisah. Akak panggil je Aira. Ibu arwah Ana." Ibu Ana memperkenalkan diri dan membalas senyuman Ibu Najwa semampunya.

"Maaf akak tanya... Ana meninggal sebab apa ya?" Tanya Ibu Najwa berhati-hati. Bukan niatnya ingin mengundang kesedihan di hati ibu Ana. Cuma dia ingin tahu.

"Tak pe kak... Ana menghidap penyakit lemah jantung sejak kecil... Walaupun dah dibuat pembedahan, sewaktu berumur 6 tahun, sakitnya datang kembali... Sakitnya semakin lama semakin teruk. Tapi, dia tak pernah tunjuk... Tapi, semalam dia tiba-tiba sesak nafas dan meninggal dalam perjalanan ke hospital... Kami sendiri tak menyangka." Ibu Ana menahan rasa hati. Ibu Najwa cuba menenangkan.

"Redhalah... sudah ajalnya... bukan Allah tak sayang kita... cuma diujinya kita biar lebih dekat dengan-Nya." Pujuk Ibu Najwa. Ibu Ana tersenyum sedikit. Tipulah tak merasa kehilangan. Anak perempuan satu-satunya sudah tiada. Tapi... dia redha. Yang hidup perlu terus melangkah.

*bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience