Bab 2

Other Completed 6242

SEBENARNYA, Haura' seorang anak yatim piatu. Kehilangan ibu bapa tercinta sewaktu umurnya masih kecil. Namun, tak pernah dia mempersoalkan semua itu. Malah dia bersyukur kerana menjadi hamba yang terpilih untuk merasa keperitan seperti yang dihadapi Nabi Muhammad SAW. Ayahnya meninggal akibat kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja. Waktu itu, Haura' baru sahaja berusia 9 tahun. Namun, dia sudah cukup berakal untuk berfikir. Sedihnya ada, namun dipendam terus dalam jiwa. Umi mengambil tugas menyara keluarga. Bekerja sebagai guru di sebuah sekolah rendah berdekatan dengan rumah mereka. Bukan ayahnya tidak tingglkan harta, tapi uminya punya agenda tersendiri. 3 tahun selepas itu, umi mengalami strok. Namun, Haura' walaupun baru berusia 12 tahun, cekalnya luar biasa. Kudratnya kuat. Uminya diuruskan sebaik mungkin dengan penuh rela dan redha. Solat tak ditinggal, doa terus dipohon.

Takdir Allah penentu segalanya. Janji Allah itu pasti. Saat ujian terberat melanda diri, air mata tak setitis gugur di pipi. Tabahnya dia. Cuba kuat walau berat mana ujian. Uminya pergi menghadap Ilahi, dalam tenang tidurnya di malam hari. Tidurnya kini bukan sementara tapi buat selamanya. Saat melihat umi dimandikan, dia tak mahu ketinggalan. Saat dikafan, dialah yang membuat sebaiknya. Biarlah buat kali terakhir. Kali terakhir untuk dirinya berbakti buat ibu tercinta. Dikucup dahi sejuk uminya buat kali terakhir. Baru terasa sebak di dada. Tubir mata mulai berair, namun cepat-cepat diseka. Dia harus kuat. Ini terakhir dia melihat uminya. Jiran tetangga mengucap takziah. Masing-masing turut bersedih dengan pemergiaan insan yang amat dihormati itu. Ujian dihadapi Haura'. Namun, keputusan UPSR dan PSRA tak terjejas, malah menjadi pelajar pertama terbaik di peringkat negeri.

Semakin meniti hari, semakin terasa hebatnya cabaran. Akhirnya dia ditawarkan ke sebuah sekolah berasrama penuh. Biasiswa turut diberikan. Masuk sahaja ke alam remaja, memang tak lari dari perasaan ingin disayangi dan ingin menyayangi. Haura' sendiri terjebak. Kata-kata manis lelaki memang mencairkan hati. Namun, syukur lalainya tidak berpanjangan. Dua minggu berhubungan, semua terasa indah. Suatu hari, saat dia duduk sendirian, dia terfikir. Apa perlunya aku bercinta sekarang? Aku yakin ke dia yang menjadi suami aku nanti? Tiba-tiba, mata terpandang mushaf al-Quran di atas rak. Air mata laju mengalir. Sendiri tanpa paksaan. Perlahan-lahan tangannya mencapai mushaf al-Quran. Dipeluk erat seerat-eratnya. Dia mulai sedar. Dia lalai. Al-Quran sudah dua minggu dia tinggalkan. Hatinya berbisik halus, 'Buat apa kejar makhluk yang tak peduli kita? Lebih baik balas cinta sang pencipta.' Rindu menggamit sanubarinya. Wudhuk diperbaharui. Solat sunat dua rakaat didirikan. Rindunya bertemu tuhan. Rindunya membaca surat cinta dari Ilahi.

Kehidupannya mulai membaik. Tapi, ujian tak terhenti di situ. Di sekolah, dia dicemburui rakan-rakan kerana cantik wajahnya, cerdik fikirannya. Rakan sekelas sendiri tak sudi berkawan. Jadilah Haura' bidadari yang pendiam. Namun kedatangan Ana di awal tingkatan 3 mengubah sedikit hidupnya. Dari sunyi tanpa teman, akhirnya ada kawan. Benarlah Allah Maha Mendengar. Tak terucap syukur. Banyak nikmat yang diterima. Kini, sudah 5 bulan mereka berkawan. Bersahabat. Dan dalam bulan ke-5 inilah baru Haura' setuju ke rumah Ana. Kalau tidak, pulang sahaja dia sendirian ke rumah anak yatim. Tapi, hari ini, rutinnya lari sedikit.

Haura' segan berada di dalam kereta mewah ayah Ana. Tunduk sahaja memandang lantai. Terasa kerdilnya dia di sebelah Ana. Mahu sahaja dia berlari dan terus kembali ke rumah anak yatim. Malunya tak hilang, malah semakin terasa malu. Sampai sahaja di rumah Ana, bertambah segannya. Bukan kerana besarnya rumah itu, tapi kerana baiknya hati pemilik rumah itu. Tak pernah memandang hina seorang anak yatim sepertinya. Dijemput masuk, dilayan dengan baik, membuatkan dia terasa sedikit berani mengangkat muka untuk berbicara dengan ibu Ana. Orangnya kurus, dan cantik. Kelihatan sangat muda walau sudah beranak enam. Tenang Haura' mendengar bicaranya. Terasa terubat sedikit kerinduannya terhadap umi.

"Haura', mak cik ke dapur sekejap ye?" Ibu Ana meminta diri.

"Eh, biar Haura' bantu di dapur...." Haura' pantas berdiri. Namun ditahan oleh Ana yang muncul entah dari arah mana.

"Haura', tak perlu... Haura' kan tetamu. Lagipun, Ana kan ada. Biar Ana yang tolong ibu Ana. Haura' duduk je sini...." bicaranya tergantung. Pandangannya meliar seolah mencari-cari sesuatu.

"Tak pe, Haura' baca Quran." Haura' seolah memahami apa yang dicari oleh Ana. Pastinya bahan bacaan agar dia tidak bosan sendirian. Mujur tafsir al-Quran dibawa menjadi teman.

"Happy birthday to you... happy birthday to you... happy birthday to Haura'... Happy birthday to you...."

Tiba-tiba, terdengar suara beberapa orang menyanyikan lagu happy birthday ketika Haura' baru sahaja selesai membaca dan mengucup tafsirnya. Haura' memandang ke arah suara. Rupanya, Ana dan keluarganya membuatkan kek sempena ulangtahun kelahirannya. Air mata jatuh lagi. Terharunya bukan sedikit. Mulutnya ditekup agar tak mengeluarkan sebarang bunyi. Ibu Ana dan Ana memeluknya erat sekali. Terasa mengalir mahabbah dari dalam pelukan mereka.

"Shh... dah jangan nangis sayang... kami ada di sini...." ibu Ana cuba memujuk.

"Eh, cepat potong kek. Nak ambik gambar ni." Salah seorang abang Ana bersuara sambil memegang kamera. Ana menghulurkan pisau pemotong kek kepada Haura'.

Klik! Gambar diambil saat Haura' memotong kek. Haura' tersenyum manis. Inilah hadiah ulangtahun kelahiran yang paling bermakna sekali buat Haura'. Hadiah dari Allah. Haura' menyuapkan secebis kek kepada ibu Ana. Kemudian, kepada Ana. Dibalas yang sama oleh keduanya. Abang Ana merakamkan detik-detik indah itu.

"Tak nak suap abang sekali ke?" Seorang lagi abang ana, bersuara dengan nada bergurau.

"Dah tua bangka pun nak bersuap!" Ana membebel namun tetap menghulur menyuapkan. Belum sempat kek masuk dalam mulut, Ana sengaja mencalit sedikit krim ke hidung abangnya. Bising ruang itu dengan gelak tawa dan rajuk abang Ana. Indahnya saat ini.

*bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience