Bab 1

Other Completed 6242

Langkahnya semakin perlahan,
Hati menahan kepedihan,
Dengan pelbagai penghinaan,
Bahkan cacian dan cercaan,
Namun segalanya hanya ujian,
Dihadapi dengan ketabahan,
Jadikan sebagai satu permulaan,
Permulaan bangkit dari kesakitan.

******************************

PERLAHAN-LAHAN, kotak hadiah yang dihulurkan oleh sahabatnya itu disambut. Air mata mula jatuh berguguran. Bersyukur sekali rasanya. Dalam berat diuji, masih ada yang sudi menghulurkan sebuah persahabatan. Dipeluk sahabatnya erat. Enggan dilepaskan. Pelukan dileraikan. Air jernih yang jatuh disapu dengan tangan. Bukan tangannya, tapi tangan insan di hadapannya saat itu. Tangan yang sama menghulur hadiah. Tangan yang sama menghulur salam persahabatan

"Lemah Ana bila tengok Haura' nangis. Haura' janganlah nangis lagi. Nanti Ana pun nak menangis. Senyumlah sikit sahabatku sayang." Lembut suara Ana Amira memujuk sahabatnya.

Terkejut bertambah panik dia tadi bila melihat Widad Haura' menangis. Hari ini ulangtahun kelahiran Haura'. Tak disangkanya hadiah dihulur disambut air mata. Haura' tersenyum sedikit mendengar pujukan sahabatnya. Seperti seorang ibu memujuk anak gayanya. Penuh kasih sayang. Rahsia kekuatan dan keteguhan ukhuwah mereka.

"Terima kasih, Ana. Ana sahabat dunia akhirat Haura'. InsyaAllah. Aamiin." Besar rasa penghargaan. Dalam hati tidak henti-henti kata syukur diucap.

"Kasih diterima. Haura' sahabat dunia akhirat Ana. InsyaAllah. Allahumma aamiin. Oh, ya, balik nanti singgahlah rumah Ana. Ana ada surprise sikit untuk Haura'. Datang ye? Please...." Rayu Ana. Bukan dia tidak kenal Haura'. Malunya tinggi, pekertinya mulia. Namun, lumrah dunia. Sunnatullah, orang hebat, ujiannya pasti hebat.

"Haura' seganlah dengan Ayah Ana, Ibu Ana, Abang Ana lagi. Sekarang je bagi surprise tu tak boleh ke?" Haura' seboleh-bolehnya ingin mengelak dari menyusahkan Ana. Bukan dia tidak tahu mengenang budi. Tapi, malunya teramat tinggi. Lebih-lebih lagi di hadapan ajnabi. Namun, andai ada yang cuba mengusik, si mawar mula mengeluarkan duri.

"Please Ana..... Sekali ni je..... Please.... Bolehlah Ana..... Mana tahu ni yang terakhir....." Ayat akhir Ana seperti berkata kepada dirinya sendiri. Namun, cukup kuat untuk didengari Haura'. Hatinya tersentap. Muncul serba-salah dalam hatinya. Setelah menimbang tara, Haura' akhirnya membuat keputusan.

"Ye la... Haura' ikut Ana balik. Tapi kali ni je tau." Ayat yang keluar dari mulut Haura' membuatkan wajah Ana berseri-seri. Ditambah senyuman kegembiraan yang terpancar. Gembira tidak terkata. Terus dipeluknya Haura'.

Habis sahaja berpelukan, loceng menandakan tamat waktu rehat berbunyi. Cepat-cepat Ana dan Haura' melangkah menuju ke kelas. Langkah mereka laju, namun penuh tertib. Masuk sahaja ke kelas, mula terdengar suara-suara sumbang mengata Haura'. Haura' sendiri tidak tahu di mana silapnya. Hingga rakan sekelas membencinya. Pelajar lelaki usah dikata. Tiada yang berani dekat. Bukan kerana benci, tapi hormat. Apatah lagi apabila tersebar cerita tentang seorang senior yang ingin mengusik Haura', akhirnya tak berani memandang muka pun. Menurut saksi yang ada, mereka melihat bahawa, senior tersebut cuba menahan Haura' dari terus berjalan pulang sendirian. Hampir sahaja dia menyentuh tangan Haura', namun Haura' sempat mengelak. Mereka kata terlihat bibir Haura' terkumat-kamit bercakap sesuatu dengan senior tersebut. Wajahnya serius tapi tetap tenang. Selesai bercakap, Haura' terus berlalu.

"Apa yang saya dah buat sampai awak semua membenci saya?" Haura' bertanya kepada sekumpulan pelajar perempuan yang sedang asyik mengumpat dan mengata.

"Apa yang saya dah buat sampai awak semua membenci saya?" Salah seorang daripada mereka mengajuk cakap Haura' dengan suara meluat.

"Hei! Kau tahu tak? Sebab kau, boyfriend kita orang jauhkan diri dari kita orang. Aku tahu, kau goda diorang kan?!" Tengkingnya pada Haura'. Satu kelas mendengar.

"Astaghfirullahal'adzim... Sehina-hina saya di pandangan awak semua, saya tetap ada maruah. Hentikan fitnah awak. Atau awak tak takut azab Allah? Dan awak semua jugak, berhenti mengumpat. Atau awak semua tak kisah makan daging saudara sendiri?" Selesai berkata-kata, Haura' berlalu ke tempat duduknya. Dalam hati tak henti mendoakan semoga rakan-rakannya itu dikurniakan hidayah oleh Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience