Bab 13

Other Completed 6242

SEMANGAT Haura' bangun di awal untuk daftar ke sekolah baru. Bersiap-siap dengan uniform khas. Cantik uniform barunya. Berwarna hijau lembut. Selesai bersiap memakai uniform dan menyarung tudung, dia turun ke bawah. Menunggu umi dan walid di bilik solat untuk solat subuh berjemaah. Rutin harian di rumah baru!

Jam 6.30 pagi, mereka sekeluarga mula bertolak ke sekolah. Tak berkelip mata Haura' melihatkan sekolah barunya yang lain daripada lain. Tak pernah dibayangkan. Dengan dindingnya bercat biru dan lantai berkarpet ungu menjadikannya tampak seperti zoo. Eh? Oh silap. Nampak indah bagai di taman lavendar. Udara di sekitarnya juga terjaga dan bersih. Sejuk dan menyegarkan. Di dalam bangunan, setiap kelas mempunyai rak kasut sendiri, karpet yang lembut dan selesa diduduk serta air-cond yang mewah. Pasti mahal. Fikir Haura'.

"Mari walid bawa Haura' ke kelas...." ajak Encik Hairil.

Dibawanya Haura' ke sebuah kelas tingkatan 3 yang cantik dan eksklusif. Tempat duduknya selesa. Pemandangannya menyejukkan mata. Tak terasa seperti duduk dalam sebuah kelas biasa. Ini terbaik punya. Haura' kagum melihat bangunan sekolah barunya. Orangnya pasti hebat berotak genius. Tak pernah dia jumpa bangunan cantik sebegini. Bagaikan di syurga dunia. Dengan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia. Sampai sahaja di muka pintu, kami disambut seperti tetamu istimewa. Walid memberi salam dan dijawab oleh pelajar-pelajar dari dalam kelas. Baru Haura' perasan, bangunan berwarna ungu ini khas untuk pelajar perempuan sahaja. Bangunan warna hijau yang terletak agak jauh, merupakan bangunan bagi kelas-kelas pelajar lelaki.

"Baiklah.... Hari ni kamu ada sahabat baru. Haura', ceritakan serba sedikit tentang diri kamu." perintah walid sambil duduk di tempat guru. Walaupun pelik, arahan tetap dipatuhi.

"Assalamu'alaikum semua...." ucap Haura' ceria. Pertama kali dalam hidupnya, dia tak kekok bercakap di hadapan rakan-rakan sekelasnya. Salam Haura' dijawab dengan bersemangat dan ceria juga.

"Nama saya Widad Haura' binti Yusof. Boleh panggil Haura'. Asal dari Selangor. Hmmm.... Itu je kot... Selamat berkenalan... Moga boleh beri tunjuk ajar." ucap Haura' senafas.

Sahabat-sahabatnya semua tersenyum gembira. Membuatkan Haura' terasa hadirnya dinanti. Bila tiba, terasa dihargai. Masing-masing mengajak duduk di sebelah mereka yang masih ada kosong. Haura' yang pening untuk memilih. Akhirnya dia memilih duduk di barisan hadapan. Namun, mereka tak hampa kerana, Haura' tetap duduk di kelas mereka.

"Kamu semua boleh teruskan berkenalan. Saya pergi dulu. Assalamu'alaikum." ucap Encik Hairil dan terus berlalu keluar.

"Haura'.... Awak tahu tak awak ni special?" tanya seorang rakannya bernama Adilah. Mereka sudah berkenalan serba sedikit tadi. Hanya 16 orang satu kelas. Campur dia, jadi 17.

"Ha? Kenapa Adilah cakap macam tu?" tanya Haura' semula.

"Sebab, awaklah satu-satunya pelajar yang dibawa ke kelas oleh pengetua sendiri...." jawab Adilah meleraikan kekusutan di minda Haura'. Tapi....

"Eh? Pengetua? Encik Hairil pengetua sekolah ni? Walid pengetua?" bertubi-tubi soalan dilontar. Terkejut barangkali.

"Awak tak tahu? Awak panggil Ustaz Hairil walid? Setahu saya, anak Ustaz dah meninggal." rakannya juga terkejut.

"Dia ayah angkat saya. Ya Allah... Tak tahu pula saya yang dia seorang pengetua." luah Haura'.

"Bukan setakat pengetua, dialah pemilik sekolah ni. Kami bangga menjadi warga Sekolah Hassan ni." kata salah seorang lagi rakan Haura', Aira.

"Subhanallah...." lafaz pujian diagungkan pada Allah yang mencipta manusia berjiwa hebat seperti Encik Hairil.

Rupanya, Encik Hairil adalah antara jutawan muda di dunia. Tapi jutawannya tak disia-sia. Malah diusahakan ke jalan-Nya agar tidak muflis di 'sana'. Langkahnya penuh berwibawa. Dalam dadanya berkobar semangat mendidik syabab agama. Biar kental jiwa mereka menghadapi ujian dunia. Biar mantap aqidah mereka dan tak terhina. Biar mengalir dalam setiap aliran darah mereka memuji Allah sentiasa. Biar tersemat di hati mereka membantu setiap yang memerlukan, tanpa meminta balasan. Mendidik mereka cintakan akhirat. Membawa hati mereka dekat dengan Allah. Memberi mereka rasa indahnya tahajjud di sepertiga malam yang sunyi dan indah. Biarlah mereka meletakkan pergantungan hanya pada Allah. Bukan pada makhluk yang lemah.

Haura' hanya mendengar pelbagai cerita dari sahabat-sahabatnya. Bermula tarbiyyah di sinilah ramai yang berjaya. Niat kerana Allah, pasti Allah mudahkan segalanya. Rupanya, hari ni tiada cikgu yang mengajar kerana yang ada hanya aktiviti menghafaz surah-surah pilihan dari al-Quran. Tiba waktu rehat, sahabat-sahabatnya mengajak ke kantin sekolah. Bertambah kagum hati Haura'. Kantinnya sangat lain. Kantinnya dibina dengan papan yang kuat. Binaannya seperti rumah kampung. Sangat menyenangkan. Di luar kantin pula ada pangkin dan beberapa buah pondok untuk dijadikan tempat berehat dan bersantai. Solat dalam kantin pun boleh. Ada bilik khas yang disediakan untuk solat.

"Untuk pelajar yang baru masuk, perlu hafaz juz 'amma. Jadi, awak hafaz la ye. Kalau ada apa-apa masalah boleh rujuk kami atau ustaz dan ustazah di sini." Aqilah menunjukkan jadual mereka.

"Juz 'amma? Saya pernah hafaz masa di rumah anak-anak yatim dulu. Tapi, mungkin belum lancar." Semangat Haura' berkobar-kobar untuk menjadi seirang hafizah.

"Mari saya semak?" tawar Aqilah. Haura' bersetuju.

Awalnya, Haura' hanya membaca apa yang sudah dihafaz. Setelah selesai hafalan Haura' disemak, Aqilah menguji dengan menebuk mana-mana ayat dalam juz 'amma dan Haura' semakin terasa seronok menghafaz. Ujian menguji kecekapan minda. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusannya menghafaz. Dalam masa dua bulan sahaja, Haura' sudah berjaya menghafaz satu juzuk. Ramai yang tertanya-tanya apa rahsianya. Akhirnya, dalam satu sesi usrah, dia diminta berkongsi tips. Haura' menerangkan satu persatu. Keadaan surau yang sejuk dan nyaman pula membangkitkan semangat berkongsi cara.

Surau sudah seperti masjid. Indah usah disoal. Sangat indah. Setiap waktu solat, surau akan penuh dengan lautan manusia. Daripada guru-guru, kakitangan dan pelajar-pelajar. Tak kurang juga ada yang datang menyinggah bagi melunaskan kewajipan sebagai hamba Allah. Usrah pula akan diadakan pada setiap hari jumaat pada waktu pagi. Naqib dan naqibah berhak memilih tempat yang dipersetujui.

"Biasanya, Haura' akan hafaz sebelum subuh dan selepas subuh. Bukan setakat hafaz. Fahamilah juga. Baca maknanya. Tadabbur. Dalami pengisiannya. Barulah melekat dalam hati bagai dipateri. Kemudian, Haura' akan tulis apa yang Haura' dah hafaz. Ini penting. Kita hafaz bukan setakat hafaz. Tapi ejaan mesti tepat. Ini ayat al-Furqan. Bukannya buku cerita biasa. Selepas tulis Haura' akan semak balik dengan al-Quran. Kalau ada yang salah, Haura' akan hafaz lagi dan tulis sekali lagi. Bila dah betul, Haura' baca dalam solat. Ulangi lagi setelah habis solat. Itu sahaja yang Haura' dapat kongsikan. Apapun, yang penting niat kita lillahi ta'ala. Wallahu'lam." Tenang Haura' memberi penerangan. Yang mendengar mengambil ibrah.

*bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience