Bab 3

Other Completed 6242

HARI hampir senja namun, Haura' masih di rumah Ana. Haura' sudah mula risau. Dia perlu sampai cepat ke rumah anak yatim. Ana dapat membaca kegelisahan dan kebimbangan di wajah Haura'. Segera dia menenangkan. Setelah solat maghrib berjemaah, Haura' dihantar pulang ke rumah anak yatim. Hampir sahaja Haura' menangis lagi saat dipeluk oleh ibu Ana sebelum dia masuk ke rumah anak yatim. Haura' mengetuk pintu dan memberi salam. Pintu dibuka oleh Ibu Najwa, pengasas rumah anak yatim itu. Ibu Najwa senang dipanggil ibu di rumah itu. Wajahnya serius. Terpancar riak kerisauan di muka Ibu Najwa. Risau akan keselamatan anak-anak jagaannya itu.

"Pergi mana sampai malam baru balik?" Tanya Ibu Najwa dalam nada tegas.

"Pergi rumah Ana. Dia ajak. Haura' dah tolak, tapi dia tetap ajak. Haura' kesian tengok dia merayu-rayu, Haura' pun setuju. Haura' ingat tak lama. Tak sangka pulak sampai ke malam." Tutur Haura' dalam sendu. Ibu Najwa terus memeluk Haura'. Bukan niatnya mahu marah. Tapi, dia risau.

"Shhh.... Jangan nangis sayang... Ibu tak marah... Dah... Dah... Siap-siap, kejap lagi kita solat isyak berjemaah ye? Dah.... Jangan nangis lagi..." pujuk ibu Najwa lembut. Haura' berhenti menangis. Dipeluk ibu erat-erat. Sesungguhnya dia rindukan umi.

Solat isyak sudah dilakasanakan. Makan malam juga sudah. Masa untuk tidur. Semua ke bilik masing-masing setelah bersalaman dengan ibu Najwa dan sesama mereka. Tiba-tiba telefon rumah berdering. Muka ibu Najwa berubah riak setelah menjawab panggilan. Haura' yang sedang duduk di ruang tamu dipandang. Simpatinya jatuh lagi pada anak itu. Haura' diam menunduk. Tidak perasan dengan pandangan ibu Najwa kerana khusyuk membaca buku pemberian Ana.

Gagang diletakkan semula ke tempatnya. Perlahan-lahan, ibu Najwa mendekati Haura'. Haura' menutup buku itu. Perhatian dialihkan buat ibu Najwa. Sebuah senyuman manis dihadiahkan. Ibu Najwa membalas namun senyumannya hambar. Memikirkan adakah Haura' mampu untuk tersenyum lagi setelah mendengar berita yang ingin dismpaikan. Ibu Najwa mengusap belakang Haura'.

"Ibu ada nak cakap sesuatu ke dengan Haura'?" Tanya Haura'

"Haura' sabar ye.... Haura' kuat tau..." tutur ibu Najwa lirih.

"Kenapa ni ibu?" Lembut Haura' bertanya.

"Ana.... Dia.... Dia...." ibu Najwa tak kuat meneruskan bicara. Air mata berguguran mengenangkan Haura'.

"Kenapa dengan dia ibu?" Lirih Haura' bertanya.. Sungguh hatinya berdebar-debar. Apatah lagi saat melihat ada air mata yang jatuh dari ibu Najwa.

"Haura' sabar ye.... Ana dah tak ade.... Dia baru meninggal tadi..." berat mulut menutur kata, berat lagi hati yang merasa.

Haura' menekup tangannya ke mulut. Kepalanya digeleng-gelengkan. Sukar untuk dia percaya. Segala kenangan terus terlayar di ruangan mata. Haura' menangis. Buat kali ketiga, dia menghadapi kehilangan. Perpisahan. Perginya insan-insan tersayang takkan kembali lagi. Teresak-esak dia menangis. Ibu Najwa cuba memujuk. Diusap-usap kepala Haura'. Dipeluk Haura' dan dibelai dengan penuh kasih. Cuba memberi secebis kekuatan buat anak itu.

'Haura' kuat tau kalau ada apa-apa terjadi pada Ana. Ana tak suka kalau Haura' nangis. Haura' kuat, Ana tau. Haura' tabah. Kuatlah Haura'! Haura' ada Allah. Qawwiy lillah sayangku. Fi hifzillah. Fimanillah.'

Terngiang-ngiang kata Ana sebelum mereka berpisah tadi. Dan kini mereka berpisah sekali lagi. Perpisahan ini tiada perjumpaan lagi di dunia. Haura' cuba menguatkan diri. Disapu air matanya. Dia harus kuat. Dia perlu mendoakan ayahnya, uminya, dan sahabatnya. Tak akan dia lupa jasa mereka. Inilah hakikat kehidupan. Yang hidup pasti akan mati. Tapi, selagi hidup cukupkan bekalan buat hari nanti. Haura' perlu bangkit. Dia harus menjadi diri yang baru. Yang lebih kuat, lebih bersemangat. Tak lemah. Dan lebih taat pada Allah. Inilah permulaannya.

Tidurnya Haura' dengan linangan air mata. Tidur Ana Amira tanpa adanya bangun lagi. Haura' masih tetap tabah menanti esok hari. Ingin melihat Ana Amira terakhir kalinya.

"Haura'... Jangan sedih tau... Ana tunggu Haura' di sini..." kedengaran Ana bersuara dengan senyuman manisnya.

Ana berpakaian serba indah. Baju berwarna hijau dengan hijab hijau itu menggamit rasa aneh di hati. Tiada gelisah mahupun kesedihan. Ana dan Haura' berpelukan. Tercium bau harum semerbak. Haruman ini sungguh menenangkan. Haruman dari bunga-bungaan di taman indah itu. Taman yang menenangkan. Cukup indah. Haura' dan Ana duduk di atas rumput di taman itu. Seketika, Haura' terasa matanya mengantuk ingin terkatup. Spontan sahaja, kepalanya dibaringkan di ribaan Ana. Mata tertutup dalam ketenangan.

*bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience