Bab 7

Other Completed 6242

DALAM kegembiraan dan keceriaannya membuat donut bersama-sama ibu dan anak-anak yang lain, fikirannya tetap tak lupa tentang permintaan pasangan suami isteri tadi. Seharian itu, Haura' berfikir mengenai permintaan itu. Hingga waktu selesai dia beristikharah di sepertiga malam pun, dia masih terus berfikir. Fikirnya, andai dia menerima, dia pasti berjauhan dengan ibu Najwa memandangkan dia akan dibawa ke Melaka. Fikirnya lagi kalau dia menerima, boleh juga meringankan beban ibu Najwa. Fikir dan fikir hingga akhirnya terlena di atas sejadahnya.

Dilihat jam di dinding. Digosok-gosok matanya. Antara percaya dan tidak. Dah pukul 8 pagi! Kenapa ibu Najwa tidak mengejutkan mereka? Haura' memandang sekeliling. Kosong. Baru dia sedar, dia sendirian. Tiada teman. Namun bilik itu bukan biliknya. Bukan. Dia pasti dia di tempat lain. Di manakah. Dia mula bangun. Katilnya begitu besar. Warna ungu lembut kegemarannya. Cat di dinding bilik juga berwarna ungu lembut. Tenang hati memandangnya.

Pintu bilik dibuka. Terkejut melihat betapa besarnya rumah itu. Sangat besar. Dua tingkat. Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga. Hingga ke tingkat bawah, di meja makan tersedia makanan. Langkahnya diatur ke dapur. Terkejut dia melihat seorang perempuan yang dia kenal. Tersenyum memandang ke arahnya. Seketika kemudian, dia terjaga. Suara ibu Najwa menjengah ke telinga. Mengejutkan penghuni-penghuni untuk solat subuh. Haura' duduk dan meraup mukanya. Mimpi rupanya. Tapi, apakah maksud mimpi itu? Haura' berhenti berfikir tentang mimpi tadi, lalu memperbaharui wudhuknya.

******************************

Sesekali, Haura' tersenyum sendiri. Teringat kembali sambutan ulangtahun kelahirannya yang paling indah. Kenangan yang tak mungkin dilupakan kecuali dengan izin-Nya. Perlahan-lahan air matanya gugur. Satu persatu dan semakin lebat. Terbaring dia di sofa. Mengenang kebaikan-kebaikan sahabatnya. Setiap senyuman ada duka. Setiap tangisan ada suka. Setiap kepenatan ada kerehatan. Dan sahabatnya kini rehat buat selamanya. Umi dan ayah juga.

'Semoga kalian berbahagia dalam rahmatNya...' bisik hati Haura' mendoakan.

Walau apa yang terjadi, syukurnya dia kerana semua yang disayangi meninggalkannya di hari mulia. Penghulu segala hari. Tak mungkin dilupa. Yang hidup pasti akan mati. Yang tinggal, teruskanlah kehidupan. Hingga tiba saat Malaikat Izra'il menjemput ke dalam lena yang selamanya. Perlahan-lahan, mata Haura' semakin layu dan tertutup. Masih tampak sisa air mata. Tidurnya kerana penat menangis. Semoga hari esok menjadi lebih baik. Dia harus meneruskan langkah. Langkah yang baru, dan Haura' yang baru.

*bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience