Bab 11

Other Completed 6242

SELESAI membeli baju, mereka berhenti sebentar untuk solat zohor dan makan tengah hari. Buat pertama kalinya Haura' makan di sebuah restoran mewah dengan pelbagai aksesori yang menarik. Menenagkan. Restoran yang bertemakan alam. Tempat duduk hanyalah di atas karpet hijau yang kalau dilihat seperti rumput. Sangat-sangat cantik. Seperti berkelah di rumput yang bersih dan santai. Dengan air-cond yang menyejukkan. Dinding-dinding dipenuhi lukisan bunga-bungaan. Sangat indah. Segalanya seperti real. Terasa ingin terus tinggal di situ.

Hidangan yang disediakan pula kena dengan selera Haura' yang sukakan masakkan kampung. Ulam tak payah cakap. Banyak pilihan. Terliur melihat menu-menu yang terpapar. Keputusannya, Haura' memilih untuk makan nasi goreng kampung dan air milo panas, kegemarannya. Puan Humaira pula memilih nasi putih bersama lauk tempoyak ikan patin dan air fresh orange. Manakala Encik Hairil memilih makanan yang sama dengan isterinya dan air kopi. Sementara menunggu pesanan mereka sampai, mereka berborak-borak.

"Ni tempat makan terakhir kami pergi dengan arwah Hafsah..." Puan Humaira mengenang kembali anaknya.

Haura' segera menenangkan Puan Humaira. Cuba menceriakan suasana dengan pelbagai cerita dan pendapatnya mengenai restoran itu. Menceritakan betapa seronoknya dia diberi peluang hidup bersama Puan Humaira dan Encik Hairil. Betapa cantiknya baju-baju yang dilihat. Betapa banyaknya novel-novel yang menarik minat.

"Haura' nak novel ke? Kenapa tak cakap tadi? Boleh belikan sekali, kan bang?" tanya Puan Humaira. Pertama pada Haura'. Kedua pada suaminya.

"Tak pe.... Tak pe.... Haura' beli lepas habis sekolah je. 2 tahun setengah je lagi." Haura' menenagkan.

"Ok.... Walid setuju. Tapi, hari ni, kita beli satu. Ok?" jawab Encik Hairil.

"Boleh. Tapi satu tu mesti semua boleh baca. Tak nak baca sorang-sorang." petah sahaja meletak syarat.

"Ok. Deal." Puan Humaira hanya mampu tersenyum melihat perangai Encik Hairil dan Haura' yang asyik bermain tarik tali. Asyik bersyarat.

Makanan yang dipesan tiba. Nasi Goreng Kampung 1 pinggan, Nasi putih lauk tempoyak ikan patin 2 pinggan. Air milo panas, fresh orange dan kopi panas. Encik Hairil membacakan doa makan kemudian, mereka terus menjamu selera. Puan Humaira dan Encik Hairil senang melihat Haura' makan dengan tertib. Tak banyak merungut. Menerima dan meraikan pendapat orang lain.

"Lepas ni, kita pergi kedai kain boleh tak walid? Tangan ni terasa nak menjahit...." pinta Haura'.

"Haura' pandai menjahit?" nyata Puan Humaira dan Encik Hairil terkejut dengan permintaan dan pengakuan Haura'.

"Dulu arwah umi Haura' pernah ajar sikit-sikit...." terang Haura'. Tapi, benarkah sikit-sikit? Macam tipu je.

"Arwah umi Haura' tukang jahit ke?" tanya Encik Hairil.

"Ha'ah... Arwah ayah pulak kerja kebun kelapa sawit." Haura' semakin seronok menceritakan kisah keluarganya.

"Apa nama arwah umi Haura'?" tanya Puan Humaira.

"Hanis...." jawab Haura'.

"Hanis? Aisyah Hanis binti Abdullah?" tanya Puan Humaira lagi meminta kepastian. Haura' mengangguk.

"Jadi, selama ni Hanis ada lagi bang.... Kita yang salah tak mencari dia." Puan Humaira bersuara lirih. Haura' kebingungan.

"Umi kenal arwah umi?" tanya Haura'.

"Dialah kawan baik umi dari kecil lagi. Tapi, sejak dia berkahwin dia mengikut suaminya dan kami tiada alamatnya. Sukar untuk berjumpa. Patutlah bila tengok Haura' umi rasa rindu pada seseorang." cerita Puan Humaira.

"Subhanallah.... Menarik.... Boleh buat novel... Hihihi... Cantik sekali aturan Ilahi. Walaupun bukan bertemu arwah Hanis, tapi anaknya ada. Kan?" tergelak mereka mendengar ayat lontaran Encik Hairil. Tapi, dalam hati tetap mensyukuri.

"Sebab apa umi Haura' meninggal?" Puan Humaira mengorek rahsia.

"Umi mengalami strok..." jawab Haura' tenang. Jelas ketabahannya.

"Kesian Hanis bang..." lirih sahaja suara Puan Humaira mengingati sahabatnya. Untuk seketika, mereka diam melayan rasa hati sendiri.

*bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience